Thursday, May 31, 2012

Emas tak akan hilang “mojo” nya…



Salam ukhwah…moga sejahtera.

Kebelakangan ini harga emas mengalami kejatuhan teruk iaitu dari USD$1920/oz yang pernah di catat pada September tahun lalu, hingga serendah USD$1520/oz pada MEI 2012!. Dan dijangka berkemunkinan besar akan turun lebih rendah daripada itu!

Ini telah memberi kesan yang agak mengecewakan kepada penganalisis dan juga para pelabur yang mengharapkan logam kuning ini terus mara pada tahun ini.
pic - google
Mengikut Jeffry Nichols, “emas tak akan hilang “mojo” nya dan akan terus “bersinar” dalam jangka masa agak panjang….jika tidak pada tahun ini mungkin 2013….”

Banyak faktor telah  dikemukakan menyokong fakta ini…. Kita boleh mengambil kesempatan ini untuk membeli emas  ketika harga masih rendah sebagai pelaburan jangka panjang.

SELAMAT MELABUR


SALAM SUKSES

Tuesday, May 22, 2012

Ke arah mana tren harga emas?


Salam ukhwah…moga sejahtera

Harga emas dipercaya meningkat pada minggu ini. Tapi sejauh mana harga akan bergerak tinggi setelah jatuh AGAK BESAR beberapa bulan lalu?

BULLISH atau BEARISH?

Emas dipercayai akan bullish bagi jangka panjang dan sideways untuk jangka pendek! rujuk rajah di bawah:

Mengikut Paul Hare, Timbalan Presiden Linn Group – Chicago, telah meletak USD$1,668-1,670/oz sebagai resistant harga. Menurut beliau lagi, sekiranya harga dapat melepasi USD$1,670/oz harga akan cecah paras USD$1,800/oz.

Harap info ringkas ini dapat membantu semua pelabur dan juga bakal pelabur emas.


SELAMAT MELABUR


SALAM SUKSES




Sunday, May 20, 2012

Emas dijangka mula melonjak minggu ini???

Salam ukhwah…moga sejahtera

Pelabur emas agak cemas kebelakangan ini memandangkan harga emas menjunam serendah USD$1526/oz pada Rabu lalu…tetapi ditutup agak tinggi USD$1592/oz Jumaat lepas… Banyak ulasan tenikal yang kaitkan sebagai punca terhadap kejatuhan harga emas dunia..

Namun, mengikut Kitco News Gold Survey harga emas dipercayai BULLISH minggu ini. Harga dijangka akan mula meningkat kepada USD$1,600-USD$1,625 
 

 Kitco Gold Survey
Majoriti ahli (92.3%) yakin harga emas akan meningkat!!!



SELAMAT MELABUR


SALAM SUKSES

Monday, May 14, 2012

Sekarang!.. masa paling sesuai membeli EMAS


Salam ukhwah…moga sejahtera

Sejak 3 bulan kebelakangan ini harga emas terus rendah jatuh sehingga lebih dari USD$400/oz. Dan ketika ini, adalah masa paling sesuai untuk kita memborong emas, sementara harga emas masih berada di paras terendah.

Dan kepada pelabur yang telah membeli emas pada harga yang lebih tinggi sebelum ini jangan gusar kerana harga EMAS tetap BULLISH. Cumanya mungkin untung relatifnya rendah jika dibandingkan dengan kedudukan harga sekarang..

5 sebab EMAS tetap akan bullish:

Pertama:
Bebanan hutang Negara-negara maju seperti Jepun, Amerika dan Negara-negara Eropah yang melonjak sehingga 8 trillion pada 2012, akan memberi tarikan besar terhadap peningkatan permintaan emas dalam masa jangka panjang.

 
Kedua:
Kadar faedah yang rendah hingga ke paras  negative di kebanyakan Negara-negara maju, dipercayai akan melonjakkan kadar inflasi. Kadar faedah negative ini dijangka akan kekal negative dalam beberapa tahun akan datang. Faktor ini sudah tentu akan menyebabkan harga emas akan melambung tinggi.

 
Ketiga:
Penambahan belian emas oleh bank-bank pusat di kebanyakan Negara seperti Mexico – 16.8 tan, Rusia – 15.6 tan, dan Turki 11.5 tan. Dan belian dari negara kecil yang lain seperti Tajikistan, Kazakhstan and Belarus juga turut meningkat. HCBC Global Research menjangkakan tren ini akan berterusan dalam tempoh 5 tahun akan datang.

 

Keempat:
Menurut UBS Investment Research, Negara China telah menambah pemilikan emas sejumlah 62.9 tan pada Mac lalu. Ini merupakan jumlah belian paling besar pada tahun ini. Dengan penambahan ini kemungkinan besar China akan muncul sebagai pembeli emas terbesar dunia mengatasi India!!

Kelima:
Kerajaan India telah menghapukan duti eksais ke atas barang kemas telah menyebabkan permintaan terhadap emas kembali meningkat sejak 17 April lalu, iaitu setelah import terhadap emas merosot sebanyak 55% sebelum ini.
 

Kejatuhan harga emas pada ketika ini sebenarnya adalah peluang terbaik kepada pelabur emas untuk menambah stok!!


SELAMAT MELABUR

 SALAM SUKSES

Wednesday, May 2, 2012

Berita baik bagi pelabur emas...

Salam ukhwah…moga sejahtera

Mungkin anda tertanya-tanya… Apa beritanya? Memang pelabur/pemilik emas telah memilih portfolio yang amat baik. Cuma tunggu masa sesuai untuk menuai atau menambah pelaburan. Tidak seperti wang kertas, nilai emas sentiasa bertahan dan kekal tinggi dalam sebarang keadaan atau krisis ekonomi.

Kepada yang tertunggu-tunggu untuk mengambil untung anda akan mendapat durian runtuh dalam masa terdekat!!

gld may 1
Setelah sekian lama harga emas berada dalam “sideways” harga emas dijangka melantun dalam masa terdekat. Iaitu sekiranya harga emas mencecah USD$1700/oz, harga EMAS dipercayai akan bergerak pantas menuju ke USD$2000/oz dan mengukuh pada harga USD$2250/oz. Harap-harap para pelabur dapat memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin.

Tahniah kepada semua pelabur moga sentiasa dilapangkan dengan rezeki yang halal.


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES