pic - google
Selalu saya ditanya pelanggan bila masa paling sesuai untuk beli emas…
JAWAPAN santai:
Bila kita ada DUIT…hehe…
Tapi wajarnya, boleh saya katakan di sini, mungkin kita boleh memilih di antara dua kategori berikut;
Pertama:
Pelaburan jangka masa panjang dalam tempoh 1 tahun ke atas. Beli emas dan simpan.. Tak perlu pantau pergerakan turun/naik harga emas harian. Kerana berdasarkan fakta sejarah dalam tempoh 10 tahun lepas, harga emas meningkat secara puratanya 25% setahun. Kalau dah rasa mencapai target untung, kita BOLEH JUAL balik… Selesai. Ini boleh dikategorikan sebagai PELABUR PASIF!
Kedua:
PELABUR AKTIF. Bagaimana? Beli dan buat untung! Beli masa harga rendah dan jual semasa harga tinggi. Menarik kan ?
Dagangan emas sekarang memungkin kita melakukannya hanya dihujung jari.
Banyak syarikat dagangan emas yang telah menjalankan urusniaga mengikut pasaran emas antarabangsa dalam masa 24 jam secara on-line kecuali hari SABTU dan AHAD.
Public Gold umpamanya, telah menyediakan prasarana tersebut. Pelabur boleh lock price sama ada untuk beli atau jual balik emas secara on-line - 24 jam ( Rujuk harga emas semasa PUBLIC GOLD di side bar). Di mana harga yang ditawarkan amat berpatutan didasarkan pergerakan turun/naik harga emas dunia dengan spread yang rendah.
Bagi urusniaga begini para pelabur perlu pengetahuan mendalam dalam analisis teknikal terhadap tren turun/naik harian harga emas antarabangsa. Di mana pelabur perlu memantau trend dan arah pergerakan harga sebelum mengambil keputusan semasa membuat belian atau menjual balik emas bagi memaksimum untung masing-masing!!!!
Kesimpulannya:
Apa-apa pun, pelabur harus meletakkan target dalam pelaburannya sama ada untuk jangka masa panjang atau pun sebaliknya.
SELAMAT MELABUR
SALAM SUKSES.