Tuesday, May 24, 2011

Permintaan EMAS kekal tinggi pada 2011


Mengikut sumber : World Gold Council permintaan terhadap komoditi emas kekal tinggi menjelang tahun 2011.

Pelaburan emas telah dicatatkan sejumlah 310.5 tan iaitu 26% pada suku pertama tahun 2010 tetapi menurun 5% pada suku keempat! Pelaburan paling memuncak pada suku kedua berikutan dengan krisis kewangan Negara-negara Eropah… Di mana  permintaan emas  bertambah sebanyak 572.6 tan dalam tempoh April dan Jun 2010.

Harga emas didapati telah meningkat 50% dalam tempoh 18 bulan kebelakangan ini dan harga emas semasa telah melepasi 1500us/oz.

Walaupun dilihat permintaan emas masih rendah pada suku kedua tahun ini, iaitu sekitar 300 tan,  mengikut catatan sejarah permintaan emas bagi setiap suku tahun adalah tinggi!!

Permintaan emas kekal meningkat walaupun dalam keadaan suasana ekonomi yang tidak menentu!!

Sunday, May 22, 2011

Andaian harga EMAS – ulangi kitaran harga 1980??


 

Harga emas diniagakan rendah dalam tempoh 2 minggu lepas, di mana harga susut sebanyak 85us/oz!!! Ramai mengandaikan kitaran harga emas 2011 akan mengulangi kitaran harga 1980 atau mungkin lebih rendah…

Tetapi mengikut pengalisis utama David Levenstien menerusi artikelnya “Don’t Be Fooled; This Gold Cycle Is Not The Same As 1980”!:berpendapat:

Jika benarlah kitaran harga komoditi itu akan berulang dan sama dengan pergerakan harga 1980 atau sebelumnya, maka mudahlah kita membuat duit di dunia ini…HANYA TUNGGU KITARAN ITU BERLAKU DAN AMBIL PELUANG BERURUSNIAGA MENGIKUT KITARAN ITU!!!!

Pergerakan harga emas yang sedang berlaku sekarang tidak boleh dibuat perbandingan atau kesimpulan dengan pergerakan harga 1980. Ia amat jauh berbeza.

Pada 1980 naik/turun harga emas dipengaruhi oleh beberapa peristiwa besar dunia yang berlaku pada ketika itu..
·         Penahanan askar Amerika di Iran semasa Revolusi Iran;
·         Pencerobohan  Soviet ke atas Kabul – Aghfanistan;
·         Kenaikan harga minyak yang mendadak hampir setiap minggu;
·         Kenaikan harga komoditi utama dunia termasuk emas dan perak yang tidak terkawal;
·         Kejatuhan nilai dolar telah menyebabkan kadar inflasi global meningkat hingga 10%

Tambahan pula pada ketika itu, pengetahuan tentang perkembangan ekonomi dunia begitu terhad ekoran dari system komunikasi yang terbatas. Tiada internet dan mesin faks pun, masih belum diperkenalkan lagi!! Komunikasi hanya melalui telefon dan telex sahaja. Dan tidak ramai di antara kita yang tidak mengetahui tentang kehebatan ekonomi Negara Cina.

Sebagai contoh;

Pada awal 1979 emas diniagakan bawah 300us/oz, iaitu di antara 240-280us/oz dalam tempoh 5 bulan pertama. Harga telah melonjak 315us/oz pada Jun, kemudian turun kepada 280us/oz pada pertengahan Julai. Harga meningkat secara mendadak sehingga 875us/oz dalam tempoh 5 bulan kemudian. Harga meningkat 3 kali ganda!! Pergerakan harga tidak menentu.

Ia amat berbeza dengan factor penyebab kepada pergerakan harga emas di era 2000. Peningkatan harga berlaku secara lebih gradual dan stabil mengikut asas (fundamental) ekonomi yang kukuh. Kejatuhan nilai Dolar Amerika dan lain-lain nilai mata wang utama dunia seperti EURO, YEN & STERLING merupakan punca kukuh terhadap kenaikan Harga Emas era 2000.

Selain daripada itu, pada hari ini pasaran matawang merupakan pasaran ekonomi dunia terbesar. Setiap orang boleh terlibat dengan urusan pasaran matawang dengan ada kemudahan INTERNET! Urusniaga matawang berada di hujung jari anda!!!!

Dan masa ini juga, Cina telah muncul sebagai kuasa ekonomi ke2 terbesar dunia setelah berada di tangga ke 11 pada tahun 1980. Di mana Negara ini juga telah muncul sebagai Negara pengeluar dan pengguna emas terbesar dunia. Serta bank-bank pusat juga, telah dan sedang menambah rizab emas mereka.

Jadi;

Andaian terhadap kitaran harga emas akan mengulangi corak 1980 atau lebih rendah adalah meleset dan TIDAK TEPAT.

David Levenstien menjangkakan harga emas akan melonjak dalam masa yang terdekat setelah berada dan ditutup pada paras 1470/1480us/oz pada dua minggu lepas.


Sunday, May 15, 2011

Emas itu WANG...


Pesan orang tua-tua ‘beringat sebelum terlambat;  sediakan payung sebelum hujan’!
 Kerana kita tidak dapat mengjangka hari yang kita akan ditimpa “HUJAN”…

Pengurusan kewangan yang baik dan bijak akan dapat mengatasi keperluan wang yang mendadak semasa kecemasan. Sebahagian besar dari kita telah mengambil langkah bijak menyimpan wang, melabur dalam ASB, LUTH, FD, Unit Trust dan sebagainya. Tetapi kita terlepas pandang terhadap simpanan/pelaburan dalam bentuk EMAS, yang merupakan pilihan simpanan/pelaburan memberi pulangan amat lumayan dan sifar risiko.

Mengikut sumber, ketika pelaburan dalam asset lain yang merudum sejak 2 tahun lepas, EMAS kekal dengan prestasinya kukuh. Dalam tempoh 10 tahun yang lalu ia didapati meningkat sebanyak 182%! 

Ini membuka dan peluang ruang kepada orang biasa yang kurang arif tentang analisis pulangan pelaburan untuk menceburi bidang pelaburan amat lumayan,   memadai dengan memiliki dan menyimpan emas.

Ia boleh dimiliki atau disimpan sama ada dalam bentuk jongkong, syiling/dinar atau barang kemas. Ia terbukti amat berguna untuk menjamin kesetabilan kewangan keluarga terutamanya semasa menghadapi saat-saat getir! 

Kerana emas mudah dimiliki dan dijual jika kita memerlukan wang!!! Tidak seperti membeli  rumah ataupun hartanah yang melibat prosidur agak rumit semasa untuk membeli atau menjualnya…


Selain itu EMAS juga mempunyai nilai gadaian yang amat tinggi, membantu dalam menampung keperluan kewangan segera terutama semasa terdesak…

Sebenarnya, emas itu ‘WANG’ yang sentiasa meningkat....


Sumber: Rujukan MineWEB



Saturday, May 7, 2011

Peluang melabur EMAS - terbuka luas bersama RHB Islamic Bank

RHB Islamic sasar RM20 juta

KOTA BHARU 28 April - RHB Islamic Bank yakin produk pembiayaan pajak gadai Islamnya atau Ar-Rahnu mampu mencatatkan jumlah transaksi sehingga RM20 juta pada akhir tahun ini, selepas lapan bulan dilancarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusannya, Abd. Rani Lebai Jaafar berkata, perkhidmatan Ar-Rahnu yang dimulakan di cawangan RHB Islamic Bank Kubang Kerian di sini, berpotensi besar untuk dikembangkan berikutan minat tinggi masyarakat tempatan menyimpan barangan kemas.

Beliau berkata, jumlah golongan yang bekerja sendiri, peniaga kecil dan usahawan wanita yang ramai di negeri ini juga menjadi faktor kepada produk ini diperkenalkan di sini bagi membolehkan mereka mendapatkan pembiayaan alternatif dan modal.

Katanya, pajak gadai Ar-Rahnu itu akan diperluaskan ke cawangan lain dengan sasaran awal ialah Kuala Terengganu, Terengganu; Bangi, Selangor dan Kuching, Sarawak.

"Kelantan dipilih sebagai tapak awal produk Ar-Rahnu kami kerana melihat kepada minat mendalam masyarakat negeri ini terutama golongan wanita yang gemar menyimpan barang kemas.

"Pembiayaan Ar-Rahnu kami memberi peluang kepada mereka yang kesempitan untuk mendapatkan keperluan tunai dan juga modal perniagaan dengan pembiayaan sekurang-kurangnya RM100 sehingga RM50,000.

"Produk ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan tempoh gadaian antara enam bulan sehingga setahun," katanya selepas Majlis Pelancaran Produk Pembiayaan Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) dan Fiesta Perbankan Islam 2011 bank itu di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Perbankan Transaksi RHB Islamic Bank, Tengku Panglima Raja Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz; Pengarah Wilayah Timur Kumpulan Perbankan RHB, Nazri Othman; Ketua Perbankan Runcit RHB Islamic Bank, Zulkahairi Zabiri dan Pengurus RHB Islamic Bank Kubang Kerian, Norliza Abdul Shukor.

Abd. Rani berkata, urus niaga pajak gadai Islam itu akan menggunakan empat jenis konsep syariah iaitu Qardhul Hasan, Ar-Rahnu, Wadiah Yad Dhomanah serta Al-Ujrah dan mereka menerima emas jenis 999, 950, 916, 875, 835 dan 750 untuk digadai.

Jelasnya, RHB Islamic Bank sehingga kini mempunyai 12 cawangan di seluruh negara dengan lebih 250,000 pelanggan dan perkhidmatan perbankan berasaskan syariah itu turut disokong oleh 196 cawangan konvensional Kumpulan Perbankan RHB lain.

Beliau berkata, RHB Islamic Bank mengunjurkan penambahan cawangan-cawangan bank itu di negeri yang belum ditembusi seperti Kedah, Melaka, Perlis dan Pahang.

Sumber: Utusan Malaysia 29 April 2011

Tuesday, May 3, 2011

95 peratus EMAS Malaysia dari Kuala Lipis


Aktiviti perlombongan emas di Malaysia hanya terhad di beberapa tempat dan kawasan yang dikenali sebagai Jalur Tengah yang terbentang dari kawasan tanah tinggi Batu melintang, Jeli di Kelantan hingga ke Gunung Ledang Johor.

Lombong emas terbesar yang masih aktif di negara ini ialah di Penjam, Kuala Lipis dan ia mengeluarkan hampir 95% pengeluaran emas Malaysia. Di samping itu, terdapat lombong yang masih aktif terdapat di Kuala Selinsing, Damar Reef dan Tersang yang semuanya terletak di Negeri Pahang.

Selain daripada itu, masih terdapat lima lagi lombong di Jeli serta enam lombong sekitar kawasan Raub dan Kuala Lipis di Pahang yang masih digali untuk perlombongan emas kormersial.

Mengikut sumber, taburan kawasan penemuan emas utama Semenanjung Malaysia terletak di Jalur Tengah iaitu dari Batu Melintang, Kelantan menganjur ke selatan melalui Sokor, Pulai, Selingsing, Raub, Chenderas hinggalah ke Gunung Ledang di Johor.

Manakala kawasan penemuan terbaru logam berharga itu ialah di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan di Lubuk Mandi, Terengganu.

Sumber: KOSMO 14 April 2011 (Khamis)