Thursday, June 23, 2011

Apakah faktor mempengaruhi kenaikan harga emas dunia??

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kenaikan harga emas:

·         Emas digunakan secara meluas dalam pembuatan peralatan elektrikal iaitu dari kabel audio & video, komponen peralatan komputer sehinggalah kabel atau wayar penyambung elektrik.
·         Pengeluaran emas kurang berbanding dengan permintaan emas yang sangat tinggi datang dari seluruh pelusok dunia. Dan dipercayai stok bekalan emas dunia hanya akan dapat menampung permintaan kurang dari 45 tahun sahaja lagi.
·         Mengikut laporan World Council emas dilombong sebanyak 2,500 tan metrik setahun berbanding permintaan semasa iaitu sejumlah 3,500 tan metrik setahun, bagi menampung keperluan dalam bidang industri dan perdagangan, pembuatan barang kemas dan perhiasan serta bidang pelaburan emas. Jadi, dari mana  mendapat bekalan emas untuk menampung lebihan permintaan sebanyak 1000 tan metrik tersebut! Persolalan yang amat sukar dijawab dan ditangani..
·         IMF dan WAG amat ketat mengawal jualan emas yang ditetapkan kurang daripada 400 tan setahun..
·         Penggunaan dan permintaan emas yang sangat besar daripada Negara India menambahkan lagi kerancakkan kenaikkan harga emas antarabangsa. Pemintaan emas India telah dianggarkan sebanyak 700 tan setahun. Unjuran permitaan emas dari India berjumlah 20 bilion US/dolar pada 2010 dan dijangka meningkat kepada 30 bilion US/dolar bagi tahun 2015..

Kesimpulannya; dengan sejarah perstasi kenaikan harga emas, penggunaannya yang meluas dalam bidang indusrtri dan perdagangan, pembutan barang kemas serta aset pelaburan, menjadikan EMAS satu logam yang begitu unik dan menjadi buruan sepanjang masa!!!

SELAMAT MELABUR EMAS.

SALAM SUKSES

4 comments:

  1. Skang ni penggunaan emas sgt meluas

    Terbaru digunakan dlm produk kosmetik..

    ReplyDelete
  2. Betul tu cik shinju...setelah lama ditinggalkan sejak cloepetra di zaman fir'un..kini digunakan kembali dlm kosmetik..

    ReplyDelete
  3. patut la tak pernah turun kan .. huhu ..

    ReplyDelete
  4. Benar alif, itu lah yang menjadikan pelaburan emas merupakan pelaburan jangkamasa panjang yang paling stabil dan lumayan...

    ReplyDelete