Mengikut pengasas Pure Gold Jewellers, harga emas akan terus meningkat dan dijangka mencecah 1,800us/oz menjelang akhir tahun 2011. Permintaan tinggi dari Negara India , Cina dan juga kemunculan minat baru Negara-negara utama Eropah terhadap pemilikan emas mengukukuhkan lagi ramalan terhadap kenaikan harga emas!.
Kenaikan harga minyak, ketidakstabilan ekonomi global, kemelesetan ekonomi US dan kebanyakan Negara utama Eropah telah menyumbang kepada kenaikan harga emas kerana para pelabur beralih kepada pelaburan emas yang lebih kukuh dan stabil.
Pure Gold Jewellers telah diasaskan pada 1989 telah muncul sebagai gedung barang kemas yang unggul di UAE dan Negara GCC. Mempunyai 52 rangkaian di UAE dan berkembang pesat di GCC serta semakin mendapat sambutan amat dari negara India .
“Negara-negara Eropah sedang mengalami kesulitan menghadapi serang inflasi dan beban hutang, kemorosotan ekonomi Jepun yang baru dilanda gempa bumi dan US masih belum pulih dari kemelesatan ekonomi, serta kenaikan harga minyak (emas hitam) yang tidak terkawal menyebabkan pelabur beralih arah kepada logam kuning (EMAS)…” tambah pengasas Pure Gold Jewellers
eropah pun dah mula beralih angin.
ReplyDeleteBetul tu gw...cuma masyarakat kita masih kurang info ttg pemilikan dan pelaburan emas...
ReplyDelete