Negara China mengungguli senarai transaksi perdagangan emas terbesar dunia. Tahun 2010 transaksi emas di Bursa Emas Shanghai mencecah 604.6 ton, bernilai 1.61 trilion yuan atau 248.45 milion dolar US. Sekaligus menempatkan perdagangan emas di Shanghai tersenarai sebagai transaksi emas tertinggi di dunia.
Mengikut Ketua Persatuan Emas China Zhang Yongtao kawasan simpanan emas yang berpotensi seluruh dunia telah dikenalpasti sebanyak 100.000 ton. Afrika Selatan mempunyai kawasan cadangan emas terbesar di dunia iaitu 31.000 ton diikuti Rusia memiliki 7.000 ton dan China 6.328 ton.
Tahun lalu China telah mengeluar barangan berasaskan emas sebanyak 340,876 ton. Jumlah ini menjadikan China sebagai Negara penghasil emas yang tertinggi di dunia selama 4 tahun berturut-turut.
Penggunaan emas di kalangan penduduk China mencapai 571.51 ton berada di tangga kedua selepas India iaitu 783.40 ton. Penggunaan emas China sebahagian besar adalah untuk perhiasan/barang kemas, industri dan pelaburan. Di mana 510 ton emas sudah beredar di kalangan penduduk Negara China . Mengikut People's Daily dan Global Times, pada 13 Jun 2011 harga emas per gram di China adalah 318 yuan!
No comments:
Post a Comment