Thursday, July 28, 2011

EMAS: dijangka harga terus tinggi di bulan-bulan terakhir 2011


Mengikut penganalisis emas, pergerakan harga tidak akan pernah ‘rehat’ terutama semasa musim percutian!!!
Malah terus meningkat dan bertambah tinggi (HOT SUMMER; HOTTER AUTUM)
Menjelang September – Disember 2011, suku tahun terakhir yang merupakan tempoh penting tumpuan musim perayaan di kebanyakan Negara di dunia serta peristiwa penting lain seumpama dengannya. Ia, akan memberi kesan besar terhadap perkembangan jumlah permintaan dan peningkatan harga emas di bulan-bulan terakhir 2011!

Kerana:

1.                  Peningkatan permintaan terhadap barang kemas sebagai perhiasan diri dan hadiah menjelang Krismas;
2.                  Saudagar emas India mula menambah stok emas sebagai persediaan bagi memenuhi permintaan keperluan barang kemas semasa musim perayaan dan majlis perkahwinan di penghujung tahun; serta jangkaan hasil pertanian yang meningkat di musim ini juga akan menambahkan lagi jumlah permintaan emas dari kalangan masyarakat petani di India yang terkenal menggemari perhiasan dan barang kemas.
3.                  Di akhir tahun 2011 dan awal 2012, pelaburan emas dan permintaan barang kemas dijangka melonjak dari kalangan masyarakat Cina menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Selain dari itu, kebelakangan ini kebanyakan bank-bank pusat di kebayakan Negara dunia sedang menambahkan khazanah emas bagi Negara masing-masing menambahkan lagi kerancakkan kenaikan harga emas dunia!!!

SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Monday, July 25, 2011

Bagaimana harga emas ditentukan?


Harga emas pada asasnya dipengaruhi oleh jumlah permintaan dan penawaran. Walau bagaimanapun terdapat kaedah penetapan harga emas yang dipersetujui oleh semua yang terlibat dalam industri ini yang dikenali sebagai London Gold Market Fixing Ltd (LGMF).

Ia dianggotai oleh 5 buah pusat dagangan antarabangsa iaitu New York, London, Zurich, Tokyo dan Hong Kong.  Mereka akan bermesyuarat melalui telefon 2 kali sehari iaitu pada 10.30 pagi dan 3.00 petang bagi penetapan pergerakan harga emas antarabangsa.

Harga bersih jualan dan belian yang dikeluarkan dikenali sebagai ‘London Fix’. Harga ditetapkan dalam nilai Dolar Amerika, Pound Sterling GB dan Euro. Harga London Fix ini adalah menjadi penanda aras harga emas di seluruh dunia bagi menetapkan harga emas Negara masing-masing.

Harga asas emas di Malaysia ditentukan oleh Bank Negara Malaysia yang boleh dirujuk melalui laman web rasminya. Harga rujukan bagi emas 999.

Selain dari harga semasa, perkara-perkara yang diambilkira dalam menentukan harga emas bagi sesuatu produk ialah:

  • Kos upah (mintage cost)
  • Kandungan emas (emas 999/950/916)
  • Kos pengangkutan (delivery cost)
  • Jenis produk

Manakala harga asas barang kemas dikeluarkan oleh Persatuan Tukang Emas dan Permata Malaysia (Federation of Goldsmiths and Jewellers Associations of Malaysia, FGJAM). Ia dipatuhi oleh semua kedai-kedai emas berdaftar di bawahnya. Kebiasaannya harga ini tidak dikemaskini setiap hari seperti emas yang dijual dibank atau syarikat pelaburan emas.

Rujukan: Pelaburan Emas - Saat Sukami

SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Tuesday, July 19, 2011

Krisis hutang Negara-negara Eropah antara penyebab harga emas terus melonjak!!



Krisis hutang yang sedang dihadapi oleh kebanyakkan Negara Eropah yang terbaru seperti Itali dan Sepanyol telah menimbul kebimbangan di kalangan para pelabur. Kebanyakan taikun telah beralih kepada pemilikan emas sebagai pelaburan yang selamat dan terjamin.

Ini telah menyebabkan harga emas mencapai rekod tertinggi iaitu US1575.00/auns pad 2 Mei 2011 dan kekal tinggi dengan peningkatan 6% dalam masa 2 minggu yang ditutup tinggi pada US1594.00/auns pada 15 Mei 2011.

Dan sehingga petang ini (19 Julai 2011) harga emas terus meningkat tinggi mencecah US1608.00/auns melepasi rekod jangkaan awal para penganalisis iaitu US1600.00/auns.

SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Sunday, July 17, 2011

Emas adalah BOT penyelamat system kewangan….



Keyakinan kepada nilai mata wang semakin menjadi pertikaian kerana nilainya boleh berubah mengikut telunjuk kuasa politik yang menjadi teraju kepada penguasa ekonomi global! Tambah malang lagi, tidak kira di US maupun Eropah nakhoda kapalnya adalah orang politik yang mempunyai agendanya yang tersendiri. Dan bagaimana ia boleh menjamin masa depan kewangan yang kukuh!

Oleh kerana itu emas tidak boleh diketepikan nilainya sebagai penyandang. Dan merupakan bot penyelamat daripada karam kejatuhan nilai mata wang sesebuah Negara. Penduduk dunia semakin menaruh kepercayaan kepada emas merupakan “bot penyelamat” walau pun belum lagi menaikinya!!!

Cuba lihat bagaiman harga emas mempengaruhi pergerakkan nilai mata wang utama dunia:

7 Julai 2011                                                            8 Julai 2011
Swiss Franc : Sf1,269.58: bagi 1 auns emas     Sf1,261.16: bagi 1 auns emas
U.S. $ : $1,503.00 : bagi 1 auns emas               $1,511.00 : bagi 1 auns emas
Euro : €1,038.55 : bagi 1 auns emas                  €1,044.20: bagi 1 auns emas
India : Rs. 66,724.18 : bagi 1 auns emas           Rs.67,541.70 : bagi 1 auns emas


SELAMAT MELABUR EMAS

SALAM SUKSES

Sunday, July 10, 2011

Harga emas RM202.57 segram

PDF Print E-mail

Oleh Mahanum Abdul Aziz
2011/07/08

pix_gal0
Permintaan kukuh pengguna serta pelabur global menjelang 2014

HARGA emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, meningkat 33 peratus berbanding harga semasa AS$1,527.2 (RM) atau AS$49.1 (RM147.32) segram susulan permintaan kukuh pengguna serta pelabur global.

Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata menjelang awal tahun depan, harga emas dijangka meningkat melepasi paras AS$1,600 seaun atau AS$51.4 (RM157.34) segram, 4.3 peratus lebih tinggi berbanding harga semasa.

Brice menjelaskan, terdapat kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu yang mana akan menggalakkan permintaan logam berharga berkenaan.

Kumpulan perbankan universal yang memiliki lebih 1,700 cawangan di seluruh dunia itu, menjangkakan ekonomi China dan India akan terus mencatatkan pertumbuhan mantap, sekali gus melonjakkan pendapatan boleh guna rakyat di negara berkenaan.

“Permintaan emas dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan pada separuh kedua tahun ini di Kuala Lumpur semalam.

Selain itu, Brice berkata, kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS) juga menyebabkan bank pusat di seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing, justeru menyokong harga komoditi itu terus didagangkan pada harga tinggi.

Sementara itu, tambah beliau, keadaan kadar faedah benar yang masih negatif di AS menawarkan persekitaran yang baik untuk emas.
“Sejarah membuktikan pulangan dalam pelaburan emas sangat tinggi ketika kadar faedah sebenar adalah negatif,” katanya.

Bekalan emas juga, katanya, dijangka mengalami kekangan dalam tempoh terdekat dan ia akan terus menyokong kenaikan harga komoditi itu.

“Kita jangkakan harga emas akan mencecah AS$2,100 pada 2014 dan AS$1,600 pada suku pertama 2012,” katanya.

Pada suku keempat tahun lalu, permintaan barang kemas di India dan China masing-masing meningkat sebanyak 52.8 peratus dan 31.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhan, permintaan barangan perhiasan emas global meningkat 8.5 peratus pada suku keempat lalu atau 575.2 tan berbanding tahun sebelumnya.

Pada akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Mengenai pasaran saham Malaysia, Brice berkata, pihaknya amat positif dengan prestasi saham tempatan dalam tempoh terdekat kerana kebiasaannya pasaran saham akan mencatatkan prestasi yang baik pada Julai dan Ogos.

Beliau berkata, dengan jangkaan bahawa ekonomi global akan mencatatkan pemulihan pada separuh kedua tahun ini akan menyokong prestasi pasaran saham.
 
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargaemasRM202_57segram/Article/index_html

Monday, July 4, 2011

Pelaburan emas bukan hanya untuk orang KAYA..


Sebut pasal pelaburan emas sebahagian besar orang beranggapan ia hanya milik eksklusif ORANG KAYA dan golongan berada!

Justeru, masyarakat kita mendapat lebih pendedahan dan mengenali pelaburan wang dengan ASB/ASN, FD. Unit Trust, menyimpan di LUTH dsbnya…daripada terbiasa dengan membeli dan menyimpan emas sebagai pelaburan mereka.

Mengapa?

Kerana, mungkin institusi kewangan yang berurusan dengan sistem perniagaan WANG KERTAS, kurang memberi info tentang kelebihan/pulangan daripada pelaburan emas!

MELABUR bermakna menempatkan wang yang ada disuatu ‘tempat’ agar wang tersebut ‘bekerja’ untuk kita bagi menghasilkan lebih wang.

Melabur tidak semestinya untuk orang yang mempunyai banyak wang atau menunggu mempunyai wang yang banyak baru boleh melabur.. Melabur boleh dimula dengan berdikit-dikit dan dibuat secara konsisten.

Begitu juga dengan pelaburan emas, juga boleh dimula dan dilakukan secara berdikit-dikit. Mungkin kita boleh bermula dengan membeli 1 gram emas – berharga RM170.00 dan menambahnya dengan secara konsisten. Yang penting minda kita telah dibuka tentang kelebihan pelaburan emas.

Melabur bermakna membuat keputusan BAGAIMANA dan DI MANA kita ingin melabur yang diyakini bakal memberi pulangan yang stabil dan lumayan..

Komoditi Emas menjanjikan pulangan yang amat memberangsangkan berbanding dengan pelaburan wang kertas. Terbukti kenaikkan harga emas dalam tahun 10 tahun lepas sebanyak 182%, iaitu secara purata kenaikkannya sebanyak 18.2%. setahun!

Cuba kita buat bayangkan SECARA MUDAH kenaikan harga emas…
Pada tahun 2000, harga 1 gram emas sekitar RM50. Sekarang harga 1 gram emas telah mencecah RM170! LUMAYAN KAN?

SELAMAT MELABUR EMAS

SALAM SUKSES