Monday, October 31, 2011

Cawangan PUBLIC GOLD ke13, di Alor Setar

Salam ukhwah...

Berita baik kepada semua dealer dan pelanggan PG di bandaraya Alor Setar dan sekitarnya ...

Kini PG telah membuka cawangan ke 13, terletak di Jalan Kota, Alor Setar dan telah beroperasi sepenuhnya pada 18 Oktober 2011.


Tingkat pelaburan emas anda

SALAM SUKSES

Friday, October 28, 2011

Perth perkenalkan syiling emas gergasi


PERTH - Kilang duit siling Perth Mint di Australia semalam memperkenalkan sekeping duit siling emas yang didakwanya terbesar di dunia.

Siling emas berkenaan memiliki berat lebih satu tan dan bernilai sekitar AS$55 juta (RM171.8 juta).


Sebelah siling itu tertera gambar seekor kanggaru sedang melompat. manakala sebelah lagi memiliki profil ketua negara Britain, Ratu Elizabeth II.

Siling emas itu diperkenalkan sempena sidang kemuncak negara-negara Komanwel yang akan dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II di sini pada minggu ini.

KETUA Pegawai Operasi Perth Mint, Ed Harbuz berdiri di sisi siling emas seberat lebih satu tan

Siling gergasi seberat 1,012 kilogram itu mengandungi 99.99 peratus emas tulen. Lebar siling itu hampir 80 sentimeter (sm), sementara tebalnya ialah 12sm.


Kilang wang tersebut mengambil masa 18 bulan untuk menghasilkan siling tersebut yang kini dipamerkan kepada orang ramai.

KOSMO: 28/10/11

Thursday, October 27, 2011

Harga emas makin TINGGI minggu depan??


Harga emas dikatakan akan meningkat lebih tinggi sekiranya terdapat perkembangan positif dari Persidangan Negara-Negara Eropah yang akan berlangsung minggu depan.

Walau bagaimanapun, daripada 24 responden Kitco News Gold Survey majority peserta yang memberi respon positif terhadap kenaikan harga pada minggu depan, adalah sangat kecil.



Hanya 11 responden yang berpendapat harga akan naik (bullish), 10 berpandangan harga akan turun (bearish), dan 3 orang menjangkakan harga tidak berubah (sideways).

Responden dalam Kitco News Gold Survey ini terdiri dari pembekal jongkong emas, pelabur kewangan, futures traders dan pengalisis carta teknikal turun/naik harga emas dunia.

Berita lanjut boleh layari Kitco News…


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Monday, October 24, 2011

Persediaan mental juga, penting dalam pelaburan EMAS


pic - google
  
Melabur. Pastinya, tujuan untuk memaksimakan pulangan/untung. Ia menjadi fokus utama kepada setiap pelabur. Tidak kira dalam pelaburan apa-pun.
Begitu jugak dengan pelaburan EMAS. Walaupun diketahui bahawa pelaburan ini mempunyai risiko yang amat rendah. Namun begitu, persediaan dari segi mental amat penting dalam menangani ketahanan dalam menghadapi situasi turun/naik harga semasa. Kadang-kadang membuat kita cemas.

Tambahan pula kepada mereka yang membuat pelaburan secara aktif mengambil keuntungan segera yang memaksimumkan modal.

Perasaaan TAMAK dan TAKUT merupakan dua perasaan yang sering menghantui semua pelabur.

TAMAK untuk mengaut untung dan TAKUT untuk rugi…

Pelabur bijak perlu mengawal kedua-dua perasaan ini. Perlu ada target pelaburan yang rasional dan pelan kewangan yang tersendiri.

SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Wednesday, October 19, 2011

Tulen kah emas anda?

Saya percaya kita akan terfikir apakah emas yang dijual atau yang bakal kita beli itu asli atau tulen..dan bagaimana untuk mengesahkan ketulenannya itu?

Terdapat beberapa kaedah yang boleh menguji ketulenan emas:

1.                   Ujian Gigitan
Emas tulen adalah logam yang sangat lembut. Jika digigit ia akan meninggalkan kesan lekuk di permukaannya.


2.         Ujian pembakaran
Emas tulen sekiranya dibakar dengan suhu amat tinggi sekalipun tidak akan meninggalkan kesan terbakar atau hangus malah ia tetap kekal bersinar


3.         Kaedah Timbangan Ketumpatan.
Kaedah paling popular yang sering digunakan di bank-bank, syarikat-syarikat atau kedai-kedai yang membekal atau menjual emas.


mesin timbangan ketumpatan emas - pic google

4.         Kaedah kimia
Ketulenan emas juga boleh diuji dengan menitiskan asid kepermukaannya. Warna kuning emas tulen tidak akan berubah walaupun dimasukkan atau dititiskan dengan bahan kimia ini.

contoh larutan asid - pic:google

5.         Kaedah Penguji Eletronik
Dalam Kaedah ini emas akan dikepit dan disentuh kepada penguji ini. Apabila tersentuh lampu LED akan menyala berdasarkan nilai karat emas tersebut.

alat uji emas elektronik - pic google

 
------xxx------

Harapan perkongsian ringkas ini boleh mengurangkan kesangsian anda berurusniaga dengan logam berharga ini.

SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Monday, October 17, 2011

Harga emas masih rendah…


Salam ukhwah,


pic - google

Harga emas semasa masih berada di paras yang rendah iaitu di sekitar $1600++usd/auns, dan harga silver pula dalam lingkungan $30++usd/auns ( Rujuk kitco : Live Spot Gold & Silver – di side bar).

Kepada yang masih mencari-cari prospek pelaburan yang lumayan dan berisiko sifar, rebutlah peluang keemasan ini..

Kerana pada penghujung tahun ini emas dijangka akan meningkat $2000++usd/auns manakala harga silver  akan mencecah $50++usd/auns..


 
SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Thursday, October 13, 2011

Menabung dengan emas dan dinar..

 
pic - google

Bicara TV 114 - PASCA BAJET 2012 yang berlangsung malam tadi dengan 3 orang panel. Dua dari Kementerian Kewangan Malaysia iaitu orang terlibat dalam penyediaan bajet 2012. dan Dr. Ashraf Wajidi Dusuki.

Ringkasan intipati dari analisis bajet tersebut: Kita disarankan agar berbelanja secara berhemah. Kerana kita dibimbangi akan terkesan dengan kegawatan ekonomi dunia, ekoran dari krisis bebanan hutang Amerika dan Negara-negara Eropah

Menurut Dr. Ashraf secara realitinya US tidak akan mampu bayar balik hutang mereka hingga ke hari kiamat…. Dan 4 negara Eropah – Portugal, Greece, Spain dan Italy akan bankrupsi…

Ini berpunca daripada pengeluaran wang kertas yang tidak terkawal dan tidak disandarkan kepada nilai komoditi (e.g : EMAS)

Wang kertas atau fiat money hanya mempunyai nilai muka yang akan berkurangan nilai dalam keadaan inflasi yang makin memuncak. Nilai wang akan menyusut..

Sebaliknya, nilai emas akan terus meningkat sepanjang masa, lebih-lebih lagi dalam keadaan inflasi yang meruncing..

Belanja berhemah bermakna kita perlu berbelanja mengikut keperluan, menjauhi hutang dan berupaya untuk menabung.

Menabung wang dalam bentuk dinar atau emas merupakan langkah bijak, kerana ia akan mempertahan nilai wang kita, malah ia juga akan meningkat dari tahun se tahun..

Tingkatkan tabungan EMAS ANDA!


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES.

Tuesday, October 11, 2011

Pelanggan yang dihormati...

Salam ukhwah dari dinar-abiha,


Kepada pelanggan yang dihormati dan dikasihi, dimaklumkan web publicgold.com telah ditutup buat sementara waktu bagi tujuan penyelenggaraan bermula 6.30 petang pada 7 Oktober 2011 hingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Segala urusan semakan harga semasa boleh dibuat melalui www.publicdinar.com.my. Walau bagaimanapun urusan "buy or sell" tidak boleh dibuat secara online. Dalam tempoh ini pelanggan/dealer perlu berurusan terus dengan cawangan public gold yang terdekat.

Sekian, terima kasih.

Tingkatkan pelaburan emas anda...


SALAM SUKSES

Monday, October 10, 2011

Peranan Emas dalam BAJET 2012…


pic - google

Ia telah disentuh dalam  Bajet 2012 yang dibentang pada 7 Okt. 2011 (Jumaat); iaitu dalam kluasa 26 seperti di bawah:

26. Pasaran sukuk Malaysia juga terus menjadi pasaran bon Islam terbesar di dunia mewakili dua per tiga daripada sukuk terkumpul global. Kita juga menjadi perintis dalam mencipta produk kewangan Islam berinovatif. Pada tahun ini, kita berjaya menerbitkan Sukuk Global Wakala pertama di dunia bernilai dua bilion dolar Amerika dengan lebihan langganan 4.5 kali ganda. Hakikat ini menjadi bukti meningkatnya keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara dan penerimaan dunia terhadap produk kewangan Islam terbitan Malaysia. Lantaran itu, bagi terus menggalakkan penerbitan sukuk yang menggunakan struktur wakala, potongan cukai diberi bagi tempoh tiga tahun ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala mulai tahun taksiran 2012. Manakala, pengecualian cukai pendapatan ke atas penerbitan dan urus niaga sukuk bukan ringgit dilanjutkan lagi selama tiga tahun sehingga taksiran 2014.

---------xxx----------

sedikit info tentang Wakala:

Wakala
Wakala merupakan lembaga (bukan bersifat seperti organisasi, tetapi lebih kepada sifat tanggung jawab) yang dijalankan oleh seorang Wakil. Syarat-syarat untuk menjadi seorang Wakil adalah Muslim, memiliki sifat yang baik dan terpercaya. Ia berada di bawah kepemimpinan seorang Amir dan diawasi secara ketat oleh seorang Muhtasib.
Tugas dan fungsi dari Wakala adalah:
§       Melakukan pembayaran-pembayaran atas seizin pemilik Dinar dan Dirham
§       Melakukan pengiriman Dinar dan Dirham ke segenap penjuru dunia
§       Mengatur penukaran uang kertas ke dalam bentuk Dinar dan Dirham

Seorang Wakil tidak diperkenankan untuk meminjamkan Dinar dan Dirham, tugas mereka hanyalah melakukan sesuatu atas perintah pemberi kuasa.
Muhtasib
§             Syarat-syarat untuk menjadi seseorang Muhtasib adalah Muslim, memiliki sifat yang baik dan terpercaya, memiliki ilmu fikih yang berkaitan dengan masalah ini dan memiliki kemampuan untuk mengenali riba dalam segala bentuk muslihatnya.
§             Tugas utamanya adalah memastikan agar semua tata cara yang dilakukan oleh para Wakil dan Wakala tidak keluar dari ketentuan yang telah ditetapkan.
§             Wakil hanyalah seseorang yang diberikan kuasa oleh pemilik Dinar dan dirham. Seorang Muhtasib harus diberikan kepercayaan untuk memiliki kekuasaan dan kekuatan untuk memastikan bahwa keadaan tersebut di atas selalu terjaga.

SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Thursday, October 6, 2011

Bila masa sesuai untuk beli emas??


pic - google

Selalu saya ditanya pelanggan bila masa paling sesuai untuk beli emas…

JAWAPAN santai:

Bila kita ada DUIT…hehe…

Tapi wajarnya, boleh saya katakan di sini, mungkin kita boleh memilih di antara dua kategori berikut;

Pertama:

Pelaburan jangka masa panjang dalam tempoh 1 tahun ke atas. Beli emas dan simpan.. Tak perlu pantau pergerakan turun/naik harga emas harian. Kerana berdasarkan fakta sejarah dalam tempoh 10 tahun lepas, harga emas meningkat secara puratanya 25% setahun. Kalau dah rasa mencapai target untung, kita BOLEH JUAL balik… Selesai.   Ini boleh dikategorikan sebagai PELABUR PASIF!

Kedua:

PELABUR AKTIF. Bagaimana? Beli dan buat untung! Beli masa harga  rendah dan jual semasa harga tinggi. Menarik kan?

Dagangan emas sekarang memungkin kita melakukannya hanya dihujung jari.

Banyak syarikat dagangan emas yang telah menjalankan urusniaga mengikut pasaran emas antarabangsa dalam masa 24 jam secara on-line kecuali hari SABTU dan AHAD.

Public Gold umpamanya, telah menyediakan prasarana tersebut. Pelabur boleh lock price sama ada untuk beli atau jual balik emas secara on-line - 24 jam ( Rujuk harga emas semasa PUBLIC GOLD di side bar). Di mana harga yang ditawarkan amat berpatutan didasarkan pergerakan turun/naik harga emas dunia dengan spread yang rendah.

Bagi urusniaga begini para pelabur perlu pengetahuan mendalam dalam analisis teknikal terhadap tren turun/naik harian harga emas antarabangsa. Di mana pelabur perlu memantau trend dan arah pergerakan harga sebelum mengambil keputusan semasa membuat belian atau menjual balik emas bagi memaksimum untung masing-masing!!!!

Kesimpulannya:

Apa-apa pun, pelabur harus meletakkan target dalam pelaburannya sama ada untuk jangka masa panjang atau pun sebaliknya.

SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES.

Tuesday, October 4, 2011

Pelabur EMAS tidak perlu panik….

Kebanyakan para pelabur emas panik melihat tren terkini harga emas dan perak di pasaran global …


pic - google

Harga emas didapati jatuh dari $1,850 usd/oz  hingga bawah dari $1,600 usd/oz. Manakala harga perak pula turun dari $40 usd/oz kepada $28 usd/oz. Kejatuhan ini  telah mencemaskan kebanyakan para pelabur emas dan perak, terutama sekali bagi pelabur yang baru melibatkan diri dalam pelaburan ini.

Adakah tren ini berterusan?

Jika dilihat kepada perkembangan harga 2005, peningkatan harga emas bermula dari $300+ usd/oz dan perak dari $6+ usd/oz, meningkat sehingga $1800++ dan $40++, dan di masa ini emas susut sebanyak $250 usd/oz ke paras $1600 dan perak susut $12 usd/oz  menjadi $30++..
Tetapi kedua-dua logam yang bernilai ini, pulih dengan agak cepat iaitu $4 usd/oz bagi perak dan emas pula $60 usd/oz dalam tempoh satu hari!

Berbanding dengan pasaran komoditi yang lain, mengalami kejatuhan yang sama tetapi masih belum menunjukkan tanda-tanda akan pulih dalam kadar segera!

Melihat tren kemelut matawang dari tahun 2009 hingga sekarang…krisis keyakinan kewangan global terus merosot!

Sebaliknya, harga emas walaupun mengalami penarikan harga dari $1,200 usd/oz kepada $1,000 usd/oz, namun kita mendapati harga terus melonjak sehingga $1,910 usd/oz bagi emas dan perak $40 usd/oz pada tahun ini!! Suatu perkembangan harga yang amat tinggi..

Jadi, apa yang boleh mencegah atau menahan harga EMAS dan PERAK daripada terus meningkat tinggi?

Kerana:

Emas adalah logam yang sentiasa bernilai dan telah berfungsi sebagai asset dan aliran wang tunai antarabangsa… walaunpun dalam keadaan ekonomi dunia merudum!!

Rujukan: http://www.mineweb.com/mineweb/view/mineweb/en/page103855?oid=136563&sn=Detail&pid=102055


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Sunday, October 2, 2011

Bank Pusat Negara Eropah kembali membeli emas…

Bank pusat negara-negara Eropah melakar sejarah baru…kembali membeli emas setelah 20 tahun tidak berbuat demikian.


pic - google
Walaupun jumlahnya masih rendah berbanding dengan saiz pasaran emas dunia, namun ia menunjukkan satu signal yang agak luar biasa sedang berlaku!, kerana Bank-Bank Pusat tersebut telah beralih arah daripada urusan penjualan kepada pembelian semula emas sebagai pengukuhan nilai khazanah.

Dan ia akan menjadi topik perbincangan utama dalam konferen tahunan London Bullion Market Association yang terbesar akan berlangsung di Montreal minggu ini.

Di antara Negara-negara baru yang sedang meningkatkan usaha pembelian emas bagi Negara masing-masing, adalah Mexico, Russia, Korea Selatan dan Thailand sebagai langkah mengelak kesan daripada kejatuhan nilai dolar.

Justeru itu, kebelakangan ini bank-bank pusat seluruh dunia telah meningkatkan pemilikan semula emas selepas Sistem Bretton Woods berakhir 40 tahun lalu – di mana semenjak itu nilai dolar sudah tidak lagi disandarkan kepada nilai EMAS!

Bermakna;
Tidak ada siapa yang boleh menafikan,
Emas adalah logam yang bernilai di sepanjang zaman..

Rujukan:http://www.cnbc.com/id/44574537/ 


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES