Wednesday, December 28, 2011

Duit syiling emas Mickey Mouse dijual

TOKYO – Duit syiling emas yang mempunyai gambar watak Mickey Mouse dan Walt Disney dijual sempena sambutan ulang tahun ke-110 kelahiran Walt Disney yang merupakan pengasas syarikat Disney.

Seorang kakitangan menunjukkan duit syiling emas yang mengandungi gambar Mickey Mouse dan Walt Disney di kedai barang kemas Tanaka Kikinzuku, Tokyo semalam.

Ia dijual pada harga AS$1,100 (RM3,473) bagi setiap 10 gram duit syiling manakala satu set yang mengandungi 50 keping duit tersebut dalam kotak kayu berharga AS$52,000 (RM164,216).

Duit itu akan dijual pada 2 Januari 2012 depan. – AFP

KOSMO – 28 Disember 2011

Monday, December 26, 2011

Jongkong emas akan menjadi tumpuan utama pelabur pada 2012

Salam ukhwah....

Berikutan dengan krisis ekonomi global yang semakin meruncing, emas dijangka akan menjadi pilihan pelabur pada tahun 2012.

Ekonomi Eropah diramal goyah pada 2012 - KOSMO 26 Disember 2011

GAMBAR tidak bertarikh yang disediakan oleh pejabat pencetakan Jerman menunjukkan wang kertas 50 euro sedia untuk diagihkan di Berlin.


LONDON, Britain - Saham Eropah dan mata wang euro diramal berdepan pergolakan baharu pada 2012 selepas mata wang tunggal Kesatuan Eropah (EU) berkenaan merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan krisis hutang negara-negara Eropah.

Bursa-bursa utama Eropah menjunam antara 6.5 dan 25 peratus sejak permulaan tahun ini manakala mata wang euro merosot 2.5 peratus berbanding dolar dalam dagangan turun naik sepanjang bulan ini.

"Siapa yang dapat menyangka bahawa menjelang November, kita bercakap tentang bukan sahaja keruntuhan negara-negara mata wang euro tetapi tentang kemungkinan pembubaran EU," kata pakar strategi kanan firma BGC Partners, Howard Wheeldon.

"Siapa yang menyangka dalam tempoh sesingkat itu ekonomi EU berhenti daripada berkembang manakala pertumbuhan kembali ekonomi rantau berkenaan dilihat terlalu sukar," tambahnya.

Mata wang euro menamatkan dagangan tahun ini dengan menjunam di bawah AS$1.30 untuk satu euro sekali gus tahap terendah sejak permulaan tahun 2011.

Mata wang tunggal EU itu turut menjunam pada takat terendah berbanding yen sejak 10 tahun lalu dalam dagangan pada September lepas.

Keadaan tersebut berikutan kebimbangan pelabur berhubung ketidaktentuan ekonomi global dan kemerosotan nilai ekuiti di Eropah dan AS.

"Krisis mata wang euro dijangka semakin meruncing. Ekonomi global (pada 2012) diramal sama ada menyusut ke dalam kemelesetan atau mengalami pengurangan dalam pertumbuhan," kata penganalisis Commerzbank, Ulrich Leuchtmann.

"Pelaburandalam mata wang dolar mungkin menguntungkan selain mata wang yen dan emas tambahnya," - AFP  

SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Thursday, December 22, 2011

Simpan emas FIZIKAL atau GOLD PASSBOOK?

Salam ukhwah…

Ramai yang bertanya saya mana lebih baik simpan emas bentuk fizikal atau GOLD PASSBOOK???

Sebenarnya saya bukan orang yang terlalu arif untuk menjawab soaalan hebat ini. Cuma saya cuba untuk memberi info daripada sedikit ilmu untuk dikongsi bersama. Saya mohon berlindung dari kekhilafan sekira info yang saya tulis ini jauh daripada hikmahnya yang sebenar.

Senarionya begini:

Sekiranya kita menyimpan emas fizikal bermakna kita:

i.                    menyimpan nilainya yang sebenar, bukannya nilai di atas kertas seperti dalam PASSBOOK – BANK. Melalui PASSBOOK, simpanan wang kita hanya didasarkan kepada harga emas semasa. Kita bukan menyimpan EMAS sebenarnya!
ii.                 secara fizikalnya emas mempunyai auranya yang tersendiri; dengan emas fizikal kita dapat melihat kilauannya, menyentuh dan menghargai kewujudannya dan berusahan untuk menjaga/menyimpan ditempat paling selamat!.
Dan;

Emas adalah lambang kejayaan dan kemenangan dunia dan akhirat..

Contoh: PIALA DUNIA 2010 - diperbuat daripada emas 18 Karat, seberatnya 5 kilogram dengan ketinggiannya 14.4 inci (36.5 sentimeter)


piala dunia 2010 - pic google

Emas juga dianugerah kepada setiap orang yang berjaya masuk ke dalam syurga, yang mana Allah SWT akan menghadiahkan kepadanya gelang-gelang yang diperbuat daripada emas.

Sebagaimana Firman Allah SWT, surah Al-Hajj ayat 23 yang bermaksud:

Maksud ayat: Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera (Surah Al-Hajj:23)

Ternyata emas merupakan logam yang sungguh mulia dan amat istimewa di dunia dan juga akhirat !. Keistemewaan ini bersifat universal ataupun sejagat..

Dan cuba bayangkan piala dunia 2010 hanya itu digambarkan saja dalam bentuk imej atau dalam simpanan album dan dicatatkan nilainya sahaja…tanpa dizahirkan dalam bentuk fizikal, kerana bimbang kalau-kalau ia DIROMPAK! Ia tidak dapat disentuh, dicium sebagai tanda meraikan kegembiraan.

Kalaulah begitu caranya piala emas dihadiahkan…mungkin kemenangan dan kejayaan yang menjadi buruan itu tidak SEMERIAH mana!!!

Dengan perbandingan ini mungkin terjawab soalan di atas yang sering bermain difikiran kebanyakan kita…..


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Thursday, December 15, 2011

Apa istimewa-nya simpan/labur emas?

Salam  ukhwah…

Emas. Pelaburan yang sudah mula mendapat perhatian umum….
Persoalaannya mengapa simpan/labur emas?


pic - google
Sebenarnya, banyak keistimewaan akan dinikmati oleh pemilik emas. Terdapat 4 sebab paling utama mengapa kita perlu ada emas:
1.                   Benteng kepada inflasi;
Secara realitinya inflasi  adalah pemusnah nilai wang kertas lebih besar dan pantas daripada kadar inflasi yang diumumkan oleh sesebuah kerajaan. Terkini, kadar inflasi adalah lebih tinggi dari apa yang telah dilaporkan US government. Tetapi nilai emas kekal bertahan tanpa terjejas nilainya dengan lonjakan ini. Ia terbukti dengan kenaikan nilai emas dalam beberapa tahun sebelum ini.
2.         Kejatuhan sistem kewangan ( mata wang kertas -fiat money)
Ini di antara faktor yang amat ditakuti. Di mana para pakar kewangan dunia mengelak daripada bercakap mengenai perkara ini secara terbuka! Tetapi secara realitinya krisis kewangan dunia seolah-olah seperti telur di hujung tanduk… Dan diyakini emas sebagai penyelamat kepada kejatuhan ini. Lain-lain asset seperti kereta, rumah dan sebagainya terlalu “volatile” dan akan lenyap ditelan masa!
“Gold is God’s money”
3.         Penyimpan nilai kekayaan bagi jangkamasa panjang
Emas telah mencatat rekod sejarah keistimewaannya sejak bermulanya tamadun awal manusia lagi… Sejarah juga mencatat jatuh/bangun sesebuah tamadun, begitu juga rumah, syarikat korporat -  musnah dan silih berganti…tapi “a box of gold” tetap bersinar sepanjang masa!
4.         Nilai emas sentiasa meningkat (Profit Potential)
Kita sebenarnya hanya baru berada di pertengahan perkembangan pasaran emas (gold bull market)! Jadi ia menjanjikan potensi keuntungan yang besar kepada para pelabur emas! Ekonomi dunia masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk kembali pulih dalam masa terdekat ini…dan Federal Reserve masih berkira-kira untuk terus mencetak trillion wang kertas sebagai jalan pintas menangani krisis tersebut. Dengan keadaan ekonomi yang masih tidak menentu ini banyak memberi kelebihan kepada pelabur EMAS!!

Sumber: livegoldprices.com

SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Sunday, December 11, 2011

Jika labur emas fizikal, emas tu nak simpan kat mana?

Salam ukhwah..

Ramai yang bertanya saya, jika labur/beli emas fizikal banyak –banyak nanti nak simpan kat mana?... Bahaya!


pic - google

Saya sering diajuka soalan cepu emas di atas..terutamanya dari ‘potential buyer’
Kadang-kadang saya bertanya balik, jika selama ni kita beli barang kemas, kita simpan di mana?

Bermakna, kita sudah pernah beli emas sebelum ini…

Jadi jawapan mudah saya adalah simpan tempat selamat  dan di tempat orang tak tahu... Simpan di tempat orang tak sangka disitu ada emas..

Laci almari, tempat simpan barang kemas dan peti besi pun belum tentu selamat untuk kita simpan emas... Tempat-tempat ini merupakan spot mengundang risiko!

Jadi, simpanlah emas anda di tempat orang tak tahu...

Dan, tempat yang paling selamat untuk menyimpan emas ialah di PETI SIMPAN DI BANK atau pun syarikat yang tawarkan khidmat sewa peti simpanan emas..

Contoh: dipeti simpanan bank yang agak murah seperti di Ibupejabat AGROBANK Kuala Lumpur...anggaran bayarannya sekitar RM20 setahun untuk kotak simpanan yang terkecil.. atau boleh hubungi bank-bank yang menawarkan perkhidmatan ini..

Harap info ini dapat dimanfaat bersama.. 


SALAM SUKSES

Wednesday, December 7, 2011

Labur Emas – pendapatan pasif yang lumayan!


Salam ukhwah…

Diam tak diam kita dah berada di penghujung 2011…

Di kalangan pelabur ASB mungkin tertunggu-tunggu saat ini… dividen pelaburan sudah boleh dituai!! Seperti tahun-tahun sebelumnya rasanya dividen ASB di antara 7-8%!

Agak lumayan berbanding dengan FD..


pic -google
Tetapi tahukah kita?

Pelaburan emas menjanjikan pulangan/‘dividen’ lebih lumayan…

Berdasakan kepada prestasi kenaikan harga emas meningkat paling minimum sebanyak 27% setahun. Layari sejarah kenaikan harga emas dalam tempoh 10 lepas di http://www.kitco.com/

Pelaburan emas memberi kita banyak kelebihan. Kita bebas menguruskan sendiri wang kita dengan membeli dan menyimpan emas. Ia lebih telus kerana kita membeli dengan harga pasaran semasa dan boleh memantau harganya sendiri. Kita juga berpeluang untuk membuat keputusan semasa membeli begitu juga ketika hendak menjualnya kembali. Ia bergantung kepada target 'pulangan' yang telah kita  tetapkan.

dan.......,
Mengapa dividen ASB secara relatifnya agak rendah?

Jawapannya mudah;

Kerana kita melabur dalam bisnes orang lain, sudah tentu keuntungannya bukan milik kita sepenuhnya!


SALAM SUKSES