Friday, January 20, 2012

Bentuk emas pelaburan

Salam ukhwah…moga sejahtera

Emas, bukan sesuatu yang baru kepada kita. Kita kenal emas sejak kita kecil. Maksudnya emas bukan sesuatu yang asing kepada masyarakat Malaysia.
Namun, bila sebut emas ramai di antara kita tidak terfikir ia adalah di antara satu komoditi yang amat lumayan sebagai medium pelaburan.
Umum lebih mengenali emas sebagai barangan perhiasan, yang menjadi kegemaran di kalangan wanita.

Nilai intrisiknya tersembunyi!!

Dan kebelakangan ini kehebatan pelaburan emas sudah mula terbongkar…seperti mana yang telah banyak saya kongsikan dalam entri sebelum ini…
Tetapi tidak dinafikan masih ramai yang ragu-ragu dan sangsi untuk menceburi pelaburan ini. Ada juga yang tertanya-tanya nak beli emas yang macam mana untuk tujuan pelaburan??
EMAS adalah suatu pelaburan yang amat mudah untuk diceburi.


FORMULA ASAS : Beli dan Simpan


Tetapi nak beli emas yang macam mana?
Bentuk emas pelaburan terdiri dari jongkong emas, syiling emas dan juga barang kemas,

Cth: Jongkong dan Syiling Emas Public Gold


Cth; Barang Kemas


Barang kemas boleh didapati di kedai-kedai emas. Tetapi emas dalam bentuk barang kemas/perhiasan lebih mahal kerana ia melibatkan kos upah yang agak tinggi dan nilai jualbalik yang rendah kerana susutnilai yang tinggi.

Untuk membuat pelaburan emas, lebih baik kita pilih dalam bentuk jongkong atau syiling emas kerana ia lebih menepati tujuan pelaburan.



SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

9 comments:

  1. orang perempuan lebih suka barang kemas
    kadang2 rugi pulak bila jual

    ReplyDelete
  2. saya memang minat tentang pelaburan nie,,,tetapi sampai sekarang masih belum membuka akaun lagi,,,

    ReplyDelete
  3. salam tehr...harap info ini dapat membantu..

    ReplyDelete
  4. salam hatiputera, itu dah bermula satu langkah awal...krn apa-apa pun yyg kita akan lakukan bermula dgn minat...moga sukses

    ReplyDelete
  5. baru ni ada kawan bertanya: macammana nak ujudkan urusan jual beli barang dengan duit emas. duit sepuluh sen agaknya sebensar mana ya?

    IM pun terfikir, betu juga ya! Yang IM tahu cuma ada dinar dan dirham jer... tu pun sebab p ramlee yang bagi tau..hik!

    ReplyDelete
  6. IM, kalau duit sen tu, selalunya dalam bentuk dirham(syiling perak)dan nilai lebih besar dalam dinar(emas)...
    Walaupun tidak berusniaga dalam wang emas/perak pun sekurang2nya wang kertas disandarkan kepada emas...baru ada nilainya...bukan main print je duit tu, mcm wang kertas negara2 eropah dan US
    WALLAHUALLAM.

    ReplyDelete
  7. lady lebih suke beli brg kemas.. leh simpan dan pakai.. kalau pakai x perlu bayar zakat kan?

    ReplyDelete
  8. salam lady, itu keistimewaan orang perempuan selain dari melabur, emas juga boleh dipakai sebagai perhiasan...
    Betul tu lady emas yg tidak dipakai melebihi 85gm wajib dikeluarkan zakat sebyk 2.5% dr nilai trsbt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ciktom setuju dgn ladybird...
      boleh pakai kl bli brg kemas..
      beli emas yg xlapuk dek zaman+kos upah x tinggi...
      mmg susut nilai tggi tp kl kita dh pki tmph lm ttp nilai lbh tggi dr harga beli..

      Delete