Wednesday, January 18, 2012

Harga emas bakal cecah RM15,735

Salam ukhwah…moga sejahtera

KUALA LUMPUR – Harga emas dijangka mencecah sehingga AS$5,000 (RM15,735) setiap auns menjelang 2020, kata Ketua Penyelidikan Komoditi Global Standard Chartered Bank, His Han Pin.

Menurut beliau, ini berdasarkan kenaikan harga komoditi itu yang telah meningkat kukuh sebanyak 23 peratus pada 1 Disenber tahun lalu dengan harga sekitar AS$1,700 (RM5,350) setiap auns.

Malah katanya, harga emas juga telah meningkat empat kali ganda sejak empat tahun lalu dan kini mencecah kira-kira AS$1,600 (RM5,035) setiap auns.


pic - google
“Faktor pemacu kepada peningkatan harga itu termasuklah peningkatan pendapatan dan permintaan kukuh daripada Negara-negara Asia, kadar faedah yang rendah dikebanyakan negaradan pembelian emas secara berterusan oleh bank-bank pusat yang mempunyai keyakinan bahawa komoditi itulebih baik berbanding matawang dunia lain.

“Selain itu, terdapat keyakinan pasaran bahawa emas merupakan pelaburan alternative yang baik,” katanya pada taklimat mengenai Penyelidikan Global Standard Chartered Bank di sini semalam.

Han Pin mengunjurkan permintaan terhadap emas dijangka kekal meningkat meskipun terdapatnya permintaan daripada Asia yang kini bercampur-campur sejak beberapa bulan yang lalu.

China mengimport kuantiti emas yang besar dari Hong Kong untuk memenuhi permintaan pelaburan dan pasaran barang kemas”’ ujar beliau.

Tambahnya kegusaran mengenai krisis Eropah dan ketidaktentuan ekonomi global turut menggalakkan pelabur dan bank-bank pusat untuk menyimpan stok emas dalam kuantiti yang besar.

“Walaupun gelembung biasanya berlaku pada peningkatan pesat harga suatu komoditi, namun saya tidak merasakan perkara itu berlaku pada emas,” jelasnya.

KOSMO – 17 Januari 2012


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

6 comments:

  1. negara kita ada banyak stok emas ke?
    tiba2 pula rasa nak tanya

    ReplyDelete
  2. tehr, negara kita masih mengimport emas..

    ReplyDelete
  3. dah boleh masuk pelaburan emas pulak,,,,

    ReplyDelete
  4. dah ramai yg berjinak dgn emas ni.. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. salam hatiputera, emas satu pelaburan alternatif yg lumayan yg hampir sifar risiko, ia kekal dgn nilai terus meningkat sebagai penyelamat kepada krisis kewangan dolar & euro...

    ReplyDelete
  6. betul tu lady..selamat melabur dan berjaya..

    ReplyDelete