Salam ukhwah…moga sejahtera
Emas logam paling berharga. Nilainya sentiasa meningkat sejak 2500 tahun dahulu lagi.
Bagaimana peningkatan nilainya diukur di zaman sebelum ini? Tiada siapa yang boleh memberi jawapan tepat. Namun begitu semua orang mengakui bahawa nilai/harga emas meningkat dari masa ke semasa.
Begitulah uniknya logam kuning ini!
Bagaimanapun dalam perkembangan terkini kenaikan nilai emas telah disepakati diukur dalam indeks tertentu yang telah diterima Negara seluruh dunia.
(Bagaimana harga emas ditentukan untuk dagangan semasa, ia boleh rujuk entry saya telah kongsikan sebelum ini).
Dan kitco index adalah indeks yang menunjukkan tren (turun/naik) harga emas dunia secara “live”, (rujuk www.kitco.com di side bar)
Kita boleh merujuk indeks ini untuk mengetahui pergerakan turun/naik harga emas semasa. Bagi pelabur emas pengetahuan asas terhadap indeks ini sangat penting. Kerana ia menjadi indikator dan panduan semasa untuk membeli atau menjual emas.
Semasa indeks bergerak ke bawah (turun) bermakna harga emas turun dan ketika ini masa terbaik bagi pelabur membeli emas begitu juga sebaliknya. Jika kita semakin mahir dengan corak pergerakan turun/naik indeks ini, pelabur-pelabur emas akan dapat memanfaatkanya sebaik mungkin untuk memaksimakan keuntungan dalam pelaburan ini.
Ini serba sedikit tentang kitco index untuk dimanfaatkan bersama.
SELAMAT MELABUR
SALAM SUKSES
selasa minggu depan cucu IM akan dicukur rambutnya. kemudian ditimbang dan beratnya akan dinilai dengan harga emas.
ReplyDeletehik..
owhh...siap ada indek pengukur harga emas..agak2 bila plk turun harga emas ye?
ReplyDeleteTahniah IM.. Tp minggu depan kitco index dijangka naik...mungin nilai rambut cucu IM lebih mahal la kan...hehe
ReplyDeleteCIK TOM, yg pastinya index ini ada turun/naiknya dan kenaikan harga emas susah utk disangkal...
ReplyDeleteHarap time aku nak beli nanti harga sedang turun
ReplyDeleteHehe
kalau mcm tu rajin2 la pantau indeks tu...moga sukses
ReplyDelete