Emas, bukan sesuatu yang baru kepada kita. Kita kenal emas sejak kita kecil. Maksudnya emas bukan sesuatu yang asing kepada masyarakat Malaysia.
Namun, bila sebut emas ramai di antara kita tidak terfikir ia adalah di antara satu komoditi yang amat lumayan sebagai medium pelaburan.
Umum lebih mengenali emas sebagai barangan perhiasan, yang menjadi kegemaran di kalangan wanita.
Nilai intrisiknya tersembunyi!!
Dan kebelakangan ini kehebatan pelaburan emas sudah mula terbongkar…seperti mana yang telah banyak saya kongsikan dalam entri sebelum ini…
Tetapi tidak dinafikan masih ramai yang ragu-ragu dan sangsi untuk menceburi pelaburan ini. Ada juga yang tertanya-tanya nak beli emas yang macam mana untuk tujuan pelaburan??
EMAS adalah suatu pelaburan yang amat mudah untuk diceburi.
FORMULA ASAS : Beli dan Simpan
Tetapi nak beli emas yang macam mana?
Bentuk emas pelaburan terdiri dari jongkong emas, syiling emas dan juga barang kemas,
Cth: Jongkong dan Syiling Emas Public Gold


Barang kemas boleh didapati di kedai-kedai emas. Tetapi emas dalam bentuk barang kemas/perhiasan lebih mahal kerana ia melibatkan kos upah yang agak tinggi dan nilai jualbalik yang rendah kerana susutnilai yang tinggi.
Untuk membuat pelaburan emas, lebih baik kita pilih dalam bentuk jongkong atau syiling emas kerana ia lebih menepati tujuan pelaburan.
SELAMAT MELABUR
SALAM SUKSES

