Tuesday, March 20, 2012

Emas tidak ada tarikh luput.

Salam ukhwah…moga sejahtera

Kita manusia bertambah usia…dari muda menjadi tua, kereta baru menjadi buruk, begitu juga rumah, bangunan, barangan/peralatan menjadi usang dan luput. Itu lumrah alam. Tetapi lain pula dengan logam kuning ini, tidak pernah ada tarikh luput, malah semakin lama semakin bernilai…

Benarlah pesan peniaga emas… Jika siapa yang ada modal dan berkeinginan untuk berniaga tapi tak tahu selok-belok perniagaaan, berniaga lah EMAS. Berniaga emas tidak akan “makan modal” tetapi menguntungkan.

Kenapa?

Kerana stok EMAS tidak ada tarikh luput. Inilah di antara rahsia atau kelebihan perniagaan/pelaburan emas. Tokey/peniaga/dealer emas sebenarnya bertindak sebagai penyimpan, pelabur, dan peniaga.

pic - google
Mereka adalah penyimpan emas (stok emas), kemudian mereka juga bertindak sebagai pelabur dengan membeli semasa harga rendah dan mengaut keuntungan bila harga emas naik bila menjual emas tersebut kepada pelanggan.

Ramai beranggapan “ siapa nak beli emas kerana harganya yang semakin mahal”. Betul harga emas memang mahal dan akan bertambah mahal dari hari ke hari namun orang tetap membelinya terutama mereka yang celik emas. Dan kerana ia bernilai juga semua orang mengejar dan berlumba-lumba mendapatkannya.

Kita jarang dengar perniagaan emas tutup kedai/‘gulung tikar”. Cuba lihat kedai-kedai emas Poh Kong, Habib Jewels dan lain lain kedai emas semakin bertambah walaupun tidak seramai pelanggan yang mengunjungi pasar malam!!!.


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Monday, March 12, 2012

Emas dijangka akan meningkat 48% bermula hari ini!!

Salam ukhwah...moga sejahtera

Pelaburan emas sebenar portfolio pelaburan yang amat menarik dan menjanjikan pulangan yang lumayan. Tanpa risiko!

Para pelabur tidak akan hampa!! Dan sekarang ini dikatakan masa yang terbaik untuk memulakan pelaburan masing-masing.
 Mengapa?

KERANA... Swiss bank UBS yang merupakan pengalisis emas yang paling tepat dalam unjuran kenaikan harga emas bagi 3 tahun lepas,  telah menjangkan harga emas akan meningkat USD$2,500/auns atau lebih kurang RM8,000/auns pada penghujung musim panas 2012.

Bermula dari hari ini, emas dijangka meningkat 48%!.Bayangkan pulangan secara relatif dengan jumlah pelaburan anda..
gold bar_wd
Bongkah emas bernilai 12.8 juta dolar Amerika

Rebutlah peluang keemasan ini, moga kita sama-sama dilapangkan dan diberkati dengan rezeki yang halal. INSYAALLLAH

SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Tuesday, March 6, 2012

Setelah lebih 40 tahun tanpa emas..

Salam ukhwah…moga sejahtera

 Krisis ekonomi dunia masih tidak menampakkan tanda untuk kembali pulih. Tekanan hutang US dan Negara-negara Eropah semakin buruk. Mengapa?

Selepas Presiden Richard Nixon menghapuskan system standard emas Bretton Woods sebagai sandaran mata wang pada 1971, ekonomi dunia bergantung kepada wang dolar Amerika. Sejak itu, penggunaan mata wang tidak lagi bersandarkan emas. Ia telah menyebabkan inflasi kerap berlaku dan sukar dikawal.

Setelah lebih 40 tahun berlalu, kekalutan ekonomi dunia semakin meruncing kesan dari manipulasi wang fiat. Ketua Bank Dunia Robert Zeollieck mencadangkan supaya pemimpin dunia mempertimbangkan pengenalan semula standard emas untuk mengawal pergerakan mata wang. Beliau berpendapat pelabur lebih yakin untuk melabur di sesebuah Negara kerana kemantapan mata wang dan sekaligus dapat menstabilkan ekonomi global.

Ini bermakna ekonomi dunia sebenar perlu disandarkan kepada nilai EMAS!!



SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Sunday, March 4, 2012

“Klu” harga emas minggu ini..

Salam ukhwah..moga sejahtera

Pertama-tama saya ingin ucapkan tahniah kepada pelabur yang sempat tuai untung ketika harga cecah pada kitco USD$1,790++/oz -  hari khamis 23 Februari lepas . Moga sentiasa diberkati dengan rezeki yang halal.

Walau bagaimanapun, harga emas tidak bertahan lama pada paras harga tersebut. Harga mengalami penurunan besar sehingga serendah USD$1,690++/oz pada Khamis (1 Mac 2012) minggu lepas.

Namun, para penganalisis berpendapat penurunan itu adalah fenomena yang sihat sebagai pembetulan/penstabilan harga emas. Harga emas dijangka akan terus naik pada minggu ini. Kerana masalah ekonomi global masih berada di takuk lama tanpa ada perubahan positif.
 
EMAS akan terus meningkat!

 Kitco survey untuk minggu ini, seperti di bawah:

 Kitco Gold Survey


Dan tempoh bearish ini adalah peluang terbaik bagi pelabur untuk membeli semula emas yang telah dituai..

Moga kita semua dilapangkan rezeki..


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Monday, February 27, 2012

Orang Vietnam sorok emas dalam rumah

Salam ukhwah…moga sejahtera

Tabiat Simpan Emas Orang Vietnam Patut Di Ikuti - Harian Metro,18/02/2012

TABIAT zaman berzaman orang Vietnam yang suka menyorokkan emas di rumah daripada menyimpan wang di bank dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh kerajaan negara itu. Semuanya gara-gara harga emas yang terus melambung tinggi.Berdasarkan Majlis Emas Dunia tahun lalu, Vietnam membeli lebih banyak emas perkapita berbanding India dan China. Harga emas domestik di Vietnam pula meningkat 18 peratus jauh lebih tinggi daripada harga pasaran emas dunia yang menyaksikan kenaikan 11 peratus. Sememangnya tabiat yang sudah diamalkan turun temurun itu sukar dikikis.

Walaupun harga satu auns (28.4 gram) jongkong emas di Hanoi lebih RM300 berbanding di tempat lain, tetapi penduduk negara komunis itu tetap membelinya, kata pesara berumur 60 tahun, Truong Van Hue.“Saya masih suka melihat simpanan saya dalam bentuk emas. Ia lebih selamat bagi pesara macam saya. Saya boleh jual emas pada bila-bila masa, di mana-mana apabila memerlukan wang,” katanya.

Walaupun emas dianggap sebagai simpanan selamat, tetapi tindakan penduduk yang ‘menyerbu’ kedai emas membuka mata kerajaan Vietnam apabila mereka berhadapan dengan kadar inflasi sebanyak 18 peratus dan ketidakstabilan mata wang tempatan, dong.

Kerajaan cuba memperlahankan ‘demam emas’ dengan cuba mengawal perniagaan logam berharga itu selepas hampir 20 tahun mereka memberikan kebenaran rasmi kepada penduduk memiliki dan berniaga emas, walaupun perkara itu sudah diamalkan sejak berzaman lalu. Antara langkah yang cuba dilakukan kerajaan tahun lalu ialah memasukkan dekri atau perintah yang meletakkan perniagaan jongkong emas Saigon Jewelry Company, pembuat dan pedagang emas terkemuka di Vietnam di bawah kawalan bank pusat.

Dekri itu juga mengehadkan perniagaan peniaga emas kecil-kecilan, mengurangkan lonjakan harga dan mencegah pelabur borong daripada merancakkan perniagaan logam berharga itu yang akan terus menjejaskan mata wang dong yang sememangnya sudah goyah. Buat masa ini, kerajaan juga menimbangkan langkah kedua yang akan memaksa lebih 10,000 kedai emas keluar daripada perniagaan jongkong emas dan hanya memberi fokus kepada penjualan barang kemas saja.“Mereka mahu kawal emas. Saya tidak boleh kata sama ada ia langkah yang baik atau tidak. Tetapi di sini (Vietnam), kami perlukan kestabilan ekonomi,” kata pengurus di Phu Quy Jewelry Company.

Atas sebab yang praktikal, kebanyakan penduduk Vietnam lebih suka melihat simpanan mereka dalam bentuk emas. Malah kadar faedah sebanyak 14 peratus yang ditawarkan oleh pihak bank kepada penduduk yang menyimpan dong tidak mampu menarik perhatian mereka apatah lagi ia jauh lebih rendah daripada kos sara hidup yang meningkat 18.6 peratus tahun lalu.

Kata pakar ekonomi, kejatuhan harga hartanah dan pasaran saham baru-baru ini menyemarakkan lagi pembelian emas dan bank pusat juga memberi isyarat bahawa nilai mata wang dong mungkin akan terus terjejas lewat tahun ini.“Orang cuba mengawal kesan kemerosotan ini dengan membeli emas,” kata bekas pakar ekonomi kanan kerajaan, Le Dang Doanh.Minat terhadap emas sebenarnya memang sudah lama tertanam dalam masyarakat Vietnam malah sejarah peperangan dan perbalahan yang tidak berkesudahan membuatkan logam ini lebih bernilai.

“Empayar boleh jatuh, mata wang boleh berubah tapi emas akan terus bertahan,” kata pakar sosiologi, Vu Duc Vuong.Kerajaan Vietnam bukan saja mengehadkan perdagangan emas tetapi akan mengadakan kempen besar-besaran untuk menggalakkan penduduknya menyimpan emas di bank dan tidak lagi menyorokkannya di rumah.

Bagaimanapun butir terperinci mengenai rancangan itu belum diuar-uarkan lagi tetapi pihak bank berkata, kerajaan sedang menimbangkan cara untuk menarik minat penyimpan dengan membuat tawaran daripada segi faedah dan keselamatan.Bulan lalu gabenor bank pusat berkata, kerajaan menganggarkan penduduk Vietnam mempunyai antara 300 hingga 500 tan emas yang disimpan di luar sistem perbankan.

Menyimpan emas milik peribadi ini di bank akan memberi kelebihan kepada pihak berkuasa kerana ia boleh dijadikan alat untuk menstabilkan ekonomi.“Jika faedah yang diberikan itu lebih tinggi dan pihak bank dapat membuktikan kredibiliti mereka, saya rasa 80 peratus penduduk akan menyimpan emas mereka di bank,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Agribank Jewelry Company, Nguyen Thanh.

Langkah untuk mengekang perdagangan emas ini dimulakan selepas peningkatan dramatik taraf hidup penduduk Vietnam yang mencetuskan perubahan pada ‘sosialisme berasaskan pasaran’. Ini adalah sistem ekonomi Vietnam yang memberikan hak kepada penduduk memiliki perniagaan penghasilan komoditi, barangan dan perkhidmatan.Pertumbuhan ekonomi selama dua dekad berjaya menaikkan status Vietnam kepada negara berpendapatan sederhana pada awal 2011, berdasarkan ukuran Bank Dunia.Tetapi perkembangan ekonomi itu diancam oleh isu makro-ekonomi (isu ekonomi yang lebih besar) termasuk kadar inflasi yang sentiasa tinggi dan rasuah.

Penurunan kadar inflasi akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan sekali gus meredakan ‘demam emas’, kata Daonh. Dia menambah kerajaan perlu membentuk polisi yang seiring dengan kepercayaan rakyat bahawa memiliki emas itu langkah yang ‘lebih selamat’.“Jika polisi ini bertentangan dengan kehendak rakyat, mereka akan beralih kepada perniagaan tidak formal yang lebih sukar untuk dikawal,” katanya lagi. Dia menganggarkan sebanyak 20 hingga 60 tan emas diseludup masuk ke Vietnam setiap tahun.

Bagaimanapun penduduk di Jalan Ha Trung di Hanoi, pusat perniagaan emas yang paling sibuk, agak skeptikal dengan langkah kerajaan itu.“Mereka akan membuat peraturan yang lebih ketat tetapi saya percaya ada jalan untuk perniagaan jongkong emas,” kata peniaga emas, Tran Hoang Long.

SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Sunday, February 26, 2012

Ketegangan Barat dengan Iran punca harga emas meningkat

Salam ukhwah…moga sejahtera

Ketegangan Negara barat dengan Iran dilihat sebgai punca utama harga emas dan minyak terus meningkat.

Mengikut kitco survey harga emas dijangka akan cecah USD$1,800/oz ke atas, apabila pasaran emas di buka pada esok untuk diniagakan sepanjang minggu ini.

  Kitco Gold Survey

Kepada pelabur-pelabur emas yang ingin “menuai” hasil keuntungan, ini adalah minggu terbaik untuk berbuat demikian.

 Tahniah kepada semua pelabur dan bakal pelabur semoga sentiasa diberi kelapangan rezeki.


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Thursday, February 23, 2012

Harga emas sedang menghampiri USD$1800/oz!

Salam ukhwah..moga sejahtera..

Berita baik!!!

Harga EMAS sudah mula mengorak tinggi mencecah USD$1785/oz semalam setelah diniagakan berada pada USD$1750/oz pada Selasa(21/2/12) dan dijangka naik sehingga USD$1800/oz pada hari ini!

 Selepas pergerakan harga ini pelabur menjangka/target USD$1920/oz iaitu setelah harga berjaya melepasi USD$1785/oz!
 
image


Kesimpulannya: BULLISH

  

SELAMAT MELABUR


SALAM SUKSES