Tuesday, June 28, 2011

Mengapa pakai EMAS?


Emas telah dijadikan Allah SWT sebagai salah satu perhiasan manusia khususnya kaum wanita..

Mengapa emAs?

Sejak turun temurun emas telah diterima sebagai aksesori pelengkap kepada gaya dan kecantikan wanita. Ia telah dihias dalam berbagai bentuk seperti cincin, gelang, jam tangan, rantai, anting-anting dsb.. Dan boleh didapati dalam 3 warna iaitu kuning, merah jambu dan putih. Tetapi kebanyakkan wanita lebih menggemari emas kuning!

Selain daripada kilauannya yang cantik dan menarik, sebahagian besar kita memilih untuk memiliki barang kemas kerana logam ini merupakan penyimpan nilai yang stabil dan terus meningkat.

Kepada wanita mempunyai kulit yang sensitif, memilih emas merupakan aksesori paling sesuai kerana emas adalah logam yang non-toksik dan dijamin tidak mendatangkan alergik atau ruam kepada kulit!

Dan yang paling penting aksesori dari emas (barang kemas) tidak ditelan zaman dan sesuai untuk semua peringkat umur!

Thursday, June 23, 2011

Apakah faktor mempengaruhi kenaikan harga emas dunia??

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kenaikan harga emas:

·         Emas digunakan secara meluas dalam pembuatan peralatan elektrikal iaitu dari kabel audio & video, komponen peralatan komputer sehinggalah kabel atau wayar penyambung elektrik.
·         Pengeluaran emas kurang berbanding dengan permintaan emas yang sangat tinggi datang dari seluruh pelusok dunia. Dan dipercayai stok bekalan emas dunia hanya akan dapat menampung permintaan kurang dari 45 tahun sahaja lagi.
·         Mengikut laporan World Council emas dilombong sebanyak 2,500 tan metrik setahun berbanding permintaan semasa iaitu sejumlah 3,500 tan metrik setahun, bagi menampung keperluan dalam bidang industri dan perdagangan, pembuatan barang kemas dan perhiasan serta bidang pelaburan emas. Jadi, dari mana  mendapat bekalan emas untuk menampung lebihan permintaan sebanyak 1000 tan metrik tersebut! Persolalan yang amat sukar dijawab dan ditangani..
·         IMF dan WAG amat ketat mengawal jualan emas yang ditetapkan kurang daripada 400 tan setahun..
·         Penggunaan dan permintaan emas yang sangat besar daripada Negara India menambahkan lagi kerancakkan kenaikkan harga emas antarabangsa. Pemintaan emas India telah dianggarkan sebanyak 700 tan setahun. Unjuran permitaan emas dari India berjumlah 20 bilion US/dolar pada 2010 dan dijangka meningkat kepada 30 bilion US/dolar bagi tahun 2015..

Kesimpulannya; dengan sejarah perstasi kenaikan harga emas, penggunaannya yang meluas dalam bidang indusrtri dan perdagangan, pembutan barang kemas serta aset pelaburan, menjadikan EMAS satu logam yang begitu unik dan menjadi buruan sepanjang masa!!!

SELAMAT MELABUR EMAS.

SALAM SUKSES

Thursday, June 16, 2011

Pasaran Emas Tertinggi dunia

Negara China mengungguli senarai transaksi perdagangan emas terbesar dunia. Tahun 2010 transaksi emas di Bursa Emas Shanghai mencecah 604.6 ton, bernilai 1.61 trilion yuan atau 248.45 milion dolar US. Sekaligus menempatkan perdagangan emas di Shanghai tersenarai sebagai transaksi emas tertinggi di dunia.


Mengikut Ketua Persatuan Emas China Zhang Yongtao kawasan simpanan emas yang berpotensi seluruh dunia telah dikenalpasti sebanyak 100.000 ton. Afrika Selatan mempunyai kawasan cadangan emas terbesar di dunia iaitu 31.000 ton diikuti Rusia memiliki 7.000 ton dan China 6.328 ton.

Tahun lalu China telah mengeluar barangan berasaskan emas sebanyak 340,876 ton. Jumlah ini menjadikan China sebagai Negara penghasil emas yang tertinggi di dunia selama 4 tahun berturut-turut.

Penggunaan emas di kalangan penduduk China mencapai 571.51 ton berada di tangga kedua selepas India iaitu 783.40 ton. Penggunaan emas China sebahagian besar adalah untuk perhiasan/barang kemas, industri dan pelaburan. Di mana 510 ton emas sudah beredar di kalangan penduduk Negara China. Mengikut People's Daily dan Global Times, pada 13 Jun 2011 harga emas per gram di China adalah 318 yuan!

Tuesday, June 14, 2011

Harga emas dijangka mencecah 1,800us/oz pada akhir 2011


Mengikut pengasas Pure Gold Jewellers, harga emas akan terus meningkat dan dijangka mencecah 1,800us/oz menjelang akhir tahun 2011. Permintaan tinggi dari Negara India, Cina dan juga kemunculan minat baru Negara-negara utama Eropah terhadap pemilikan emas mengukukuhkan lagi ramalan terhadap kenaikan harga emas!.

Kenaikan harga minyak, ketidakstabilan ekonomi global, kemelesetan ekonomi US dan kebanyakan Negara utama Eropah telah menyumbang kepada kenaikan harga emas kerana para pelabur beralih kepada pelaburan emas yang lebih kukuh dan stabil.

Pure Gold Jewellers telah diasaskan pada 1989 telah muncul sebagai gedung barang kemas yang unggul di UAE dan Negara GCC. Mempunyai 52 rangkaian di UAE dan berkembang pesat di GCC serta semakin mendapat sambutan amat  dari negara India.

“Negara-negara Eropah sedang mengalami kesulitan menghadapi serang inflasi dan beban hutang, kemorosotan ekonomi Jepun yang baru dilanda gempa bumi dan US masih belum pulih dari kemelesatan ekonomi, serta kenaikan harga minyak (emas hitam) yang tidak terkawal menyebabkan pelabur beralih arah kepada logam kuning (EMAS)…” tambah pengasas Pure Gold Jewellers

Monday, June 6, 2011

Tip Pilihan: Menjadi Popular dalam Perniagaan - Irfan Khairi

Menjadi popular tidak semestinya untuk industri hiburan sahaja. Perniagaan juga perlu menjadi popular untuk menarik pelanggan yang ramai. Pendek kata, lagi popular sesuatu perniagaan, lagi mudah menarik pelanggan- seperti industri hiburan!

popularity.jpg
Untuk menetahui cara menjadi popular, "MASA" memainkan peranan yang penting- terutamanya untuk jadi popular di Internet. Sememangnya sering kita dengar kisah-kisah "over-night sensation" (popular dalam masa singkat), namun, kisah-kisah sebegini tidak banyak dan hanya terjadi sekali sekala sahaja.
Dengan menggunakan elemen "Masa", kita dapat membina populariti perniagaan dan juga jenama kita. Jangan fikirkan menjadi popular dengan cepat oleh kerana cara yang lebih ideal dan terjamin untuk jangka panjang adalah membina populariti secara perlahan.
Lihat contoh-contoh di bawah:
  • Justin Beiber popular sedunia hari ini meletakkan klipnya di YouTube sejak 2007!
  • Ana Rafali pemenang Juara lagu kini telah menggunakan Youtube sejak 2006!
  • Saya juga mendapat populariti bukan secara mendadak, tetapi telah menulis blog sejak 2006!
Untuk membina jenama perniagaan kita, fikirkan elemen masa. Mulakan awal. Jangan bertangguh-tangguh oleh kerana lagi anda bertangguh, lagi lambat elemen masa akan membantu populariti perniagaan dan jenama anda. Mulakan sekarang dan biarkan masa membantu populariti perniagaan anda!
 
Sumber :  kotak emel dari Irfan Khairi

Wednesday, June 1, 2011

Ar-Rahnu AGRO BANK – sudah tidak terima GADAIAN jongkong dan dinar emas


Apa kesannya kepada pemilik jongkong dan dinar emas??

Jawapannya mudah: Pelaburan Emas Tetap Tidak Terjejas!!!!

Kerana:
·         Pelaburan emas merupakan pelaburan paling kukuh dalam pasaran ekonomi global.
·         Emas berfungsi sebagai penampan nilai matawang dan benteng kepada INFLASI.

Selagi emas yang kita miliki itu tulin, kita tidak perlu bimbang apa-apa. Cuma Ar-Rahnu yang ditawarkan Agro Bank merupakan salah satu peluang untuk pelabur emas menggandakan pelaburan mereka.

Emas tetap laku dijual di mana-mana dan lebih menguntungkan jika ia dijual setelah disimpan agak lama (3 tahun ke atas).

Disini saya ingin berkongsi sebab-sebab mengapa AGRO BANK sudah tidak menerima lagi gadaian jongkong dan dinar emas. Saya berkesempatan berjumpa dengan pegawai AGRO BANK dan bertanyakan hal di atas.

Saya telah difahamkan bahawa - Falsafah disebalik perkhidmatan Ar-Rahnu yang ditawarkan adalah untuk membantu orang susah yang memerlukan wang SEGERA dalam masa yang terdesak; dan memberi peluang kepada mereka menggadaikan barang kemas di institusi yang lebih terjamin bagi meringankan bebanan kewangan sedang dihadapi, dan BUKANNYA untuk pembiayaan orang-orang kaya membuat PELABURAN EMAS!

GIATKAN USAHA MELABUR - EMAS ADALAH PELABURAN BERHEMAH.

SALAM SUKSES