Setuju atau tidak EMAS adalah pemegang nilai kekayaan dan telah menjadi medium urusniaga!!! Kerajaan, firma, pelabur dan individu telah mula mengumpul emas sebagai aset pelindung kepada kemorosotan ekonomi global dan kejatuhan nilai dolar Amerika..
Terbaru…
Donald Trump telah menerima jongkong emas sebagai bayaran dalam urusniaga hartanahnya..
Khamis (15 Sept. 2011) lepas, penyewa terbaru bangunan pencakar langit 70 tingkat, Donald Trump’s 40 Wall Street, di Manhattan, telah menyerahkan deposit bayaran sewaan untuk 10 tahun pajakan bernilai 176,000 usd dengan 32oz jongkong emas 99.9!!
The Trump Building - pic google
Komen Donald Trump semasa temuramah penyerahan tersebut:
“Ini adalah hari paling sedih apabila pemilik terbesar hartanah (seperti beliau) menerima emas sebagai bayaran urusniaganya.. Denagn keadaan ekonomi semakin buruk, dan Obama tidak mempertahankan langsung nilai dolar….sekiranya saya mengambil langkah ini, orang lain juga akan berbuat demikian…dan ia akan mewujudkan satu perubahan yang besar…”
Donald Trump menerima gold bar 32 oz dari Ketua Eksekutif APMEX Micheal R. Haynes sebagai deposit sewa bangunannya..
Donald Trump juga mengakui mempunyai simpanan emas sebagai milik peribadi tetapi tidak mendedahkan jumlahnya.
Source: Wall Street Journal via All American Gold
No comments:
Post a Comment