Monday, September 5, 2011

Emas dijangka meningkat 16% lagi, di suku tahun terakhir (Sept. – Dis 2011) ini!


Peningkatan ini berikutan daripada pembelian emas yang berlipatganda dari Negara pembeli emas terbesar dunia menjelang September ini..


pic - google

Menjadi tradisi bagi penduduk negara INDIA, akan membeli emas untuk upacara penyembahan kepada dewa-dewa mereka dalam beberapa festival keagamaan yang akan bermula September pada setiap tahun. Sepanjang Sept. – Dis merupakan musim festival keagamaan bagi penganut agama Hindu di India, termasuklah upacara perkahwinan.

Semenjak tahun 2002, pembelian emas di kalangan penduduk India akan meningkat berkali ganda, sebaik sahaja menjelang bulan September setiap tahun!

Mengikut Rajesh Exports, pada tahun ini dijangka pembelian emas akan meningkat kepada 250 tan metrik sehingga akhir November ini.. Peningkatan sebanyak 25% berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

Kenaikan harga emas semasa langsung tidak menghalang rakyat India untuk terus membeli dan memilki emas!

FAKTA:

Permintaan emas yang tinggi dari kalangan penduduk Negara India merupakan salah satu daripada 7 faktor penyebab harga emas dunia akan terus melonjak tinggi.

Rujukan- http://www.mineweb.com


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

No comments:

Post a Comment