Wednesday, September 14, 2011

EMAS vs WANG Kertas!

Emas adalah penyimpan nilai sebenar!

Di antara ciri istimewa emas adalah tidak mudah terbakar melayakkan logam paling berharga ini sebagai penyimpan nilai kekayaan yang sebenar..

Emas tidak hangus terbakar sebagaimana wang kertas.

Wang kertas apabila terbakar ia sudah tidak bernilai lagi, kerana ia hanya bergantung mempunyai nilai muka semata-mata. Dan mempunyai kurang ciri keselamatan untuk mempertahankan kekukuhan nilainya!!!

Dalam banyak laporan kes kebakaran yang melibatkan kerugian besar dan sebahagian besanya melibatkan wang tunai:

Duit zakat, pampasan RM3,350 jadi abu
Oleh MUSTAPA LAKAWA

 pic-google



KUALA TERENGGANU – Kegembiraan seorang warga emas mendapat wang pampasan kemalangan serta zakat tidak berpanjangan apabila rumahnya hangus dijilat api dalam kejadian di Kampung Serdang Baru, Bukit Tunggal dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu, wang pampasan kemalangan berjumlah RM3,000 dan wang zakat RM350 milik mangsa, Nik Fatimah Embong, 60, hangus menjadi abu.

Dia yang juga ibu tunggal berkata, wang itu diterimanya kira-kira dua minggu lalu ekoran kemalangan motosikal yang dialaminya tahun lalu.

“Baru-baru ini, saya juga dapat wang zakat sempena Ramadan sebanyak RM350. Semua duit itu saya simpan di dalam almari dan bercadang untuk menggunakannya sempena Hari Raya Aidilfitri nanti,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Sumber: Sedutan berita kosmo 5/8/2011: Imej/foto - google

No comments:

Post a Comment