Salam ukhwah…moga sejahtera
EMAS?
Bagaiman nak melabur?
Nak beli emas yang macam mana?
Kat mana nak beli emas?
Emas betul ke atau emas tipu?
Beli emas bila nak untung?
Pelaburan emas mungkin sesuatu perkara baru bagi sesetengah orang.. Dan persoalan-persoalan di atas adalah di antara pertanyaan yang sering bermain di fikiran!
pic - google
Di sini saya ada beberapa tips yang akan saya kongsikan bagi merungkai persolaan di atas terutama kepada pelabur yang baru ingin mencuba dalam pelaburan ini.
Pertama:
Beli emas dari syarikat yang diiktiraf dan kukuh.(eg: PUBLIC GOLD – mempunyai cawangan di setiap negeri). Emas pelaburan selalunya terdiri dari jongkong atau syiling juga berupa barang kemas.
Kedua:
Emas yang dibeli harus diuji ketulenannya. Selalunya syarikat yang diiktiraf akan menyediakan mesin penguji ketulenan emas. Dan kita jugak boleh sahkan ketulenan emas tersebut di bank yang berdekatan.
Ketiga:
Beli emas dari syarikat yang menawarkan spread yang rendah. Apa pulak spread ni? SPREAD adalah beza antara harga kita beli dengan harga yang kita jual balik kepada syarikat tersebut. Lagi rendah spread yang ditawarkan lagi BAGUS!
Keempat:
Beli emas dari syarikat yang menawarkan harga mengikut turun naik harga emas semasa mengikut pasaran dunia. Lebih-lebih lagi jika urusan jual dan beli balik boleh dibuat secara on-line (24 jam). Ini akan memberi banyak kelebihan; kita berpeluang memantau harga dan boleh lock price yang rendah semasa nak beli dan lock price tinggi bila kita ingin menjual semula. Kita boleh mengurus keuntungan kita sendiri.
Ini di antara tips ringkas untuk manfaat semua. Semoga kita sama-sama berjaya dunia dan akhirat.
SELAMAT MELABUR
SALAM SUKSES