Sunday, January 29, 2012

Emas dijangka "bullish" minggu depan.


Salam ukhwah…moga sejahtera..


Berita baik kepada semua pelabur emas, terutama yang sempat membeli emas semasa harga merudum sepanjang Disember lepas....Peluang mengaut keuntungan sudah hampir tiba!

Mengikut “Kitco weekly survey” Emas dijangka bullish minggu depan..

 Kitco Gold Survey

Moga kita semua dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di bawah naungan keredhaanNYA.

SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Friday, January 27, 2012

Kitco Index – pengukur harga emas?


Salam ukhwah…moga sejahtera

Emas logam paling berharga. Nilainya sentiasa meningkat sejak 2500 tahun dahulu lagi.

Bagaimana peningkatan nilainya diukur di zaman sebelum ini? Tiada siapa yang boleh memberi jawapan tepat. Namun begitu semua orang mengakui bahawa nilai/harga emas meningkat dari masa ke semasa.

Begitulah uniknya logam kuning ini!

Bagaimanapun dalam perkembangan terkini kenaikan nilai emas telah disepakati diukur dalam indeks tertentu yang telah diterima Negara seluruh dunia.

(Bagaimana harga emas ditentukan untuk dagangan semasa, ia boleh rujuk entry saya telah kongsikan sebelum ini).

pic -google

Dan kitco index adalah indeks yang menunjukkan tren (turun/naik) harga emas dunia secara “live”, (rujuk www.kitco.com di side bar)

Kita boleh merujuk indeks ini untuk mengetahui pergerakan turun/naik harga emas semasa. Bagi pelabur emas pengetahuan asas terhadap indeks ini sangat penting. Kerana ia menjadi indikator dan panduan semasa untuk membeli atau menjual emas.

Semasa indeks bergerak ke bawah (turun) bermakna harga emas turun dan ketika ini masa terbaik bagi pelabur membeli emas begitu juga sebaliknya. Jika kita semakin mahir dengan corak pergerakan turun/naik indeks ini, pelabur-pelabur emas akan dapat memanfaatkanya sebaik mungkin untuk memaksimakan keuntungan dalam pelaburan ini.

Ini serba sedikit tentang kitco index untuk dimanfaatkan bersama.



SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Monday, January 23, 2012

Al-Quran bersadur emas RM170 juta dipamer

Salam ukhwah...moga sejahtera,


INILAH naskhah al-Quran bersadur emas yang bakal dipamerkan di Muzium Negeri Terengganu bulan depan.


KUALA TERENGGANU - Naskhah al-Quran bersadur emas bernilai lebih RM170 juta yang bakal dipamerkan pada pameran Khazanah Islam dari China di Muzium Terengganu bulan depan akan dibekalkan dengan ciri keselamatan dan penjagaan tahap tertinggi.

Dipercayai berusia lebih 500 tahun dan berasal dari Dinasti Ming, China, pihak penganjur juga akan melantik firma keselamatan swasta bagi memastikan keselamatan artifak itu sepanjang enam bulan sesi pameran.

Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah berkata, pameran bertaraf antarabangsa itu adalah hasil kerjasama dengan penganjur acara, Topchain Capital Sdn. Bhd.

KOSMO - 23 Januari 2012

Sunday, January 22, 2012

Berapa “modal” untuk melabur emas?

Salam ukhwah…moga sejahtera

Ramai beranggapan melabur emas perlu modal yang banyak…dan sesuai untuk orang kaya-kaya saja!

Betulkah begitu?

Sebelum ni saya juga berfikiran sama… Apa tidaknya emas adalah barangan yang mahal, apa lagi untuk membelinya sebagai pelaburan.

Tetapi setelah mendapat info yang betul, rupanya emas mampu kita miliki walaupun kita bukan orang kaya! Yang penting kita mempunyai kesedaran tentang kehebatan pelaburan ini dan memupuk minat untuk menceburinya. Selepas itu ia akan mendorong kita ke arah itu dengan mudah!


pic -google
Sebenarnya anda boleh mula melabur emas hanya dengan membeli serendah lebih kurang RM800 iaitu harga sekeping dinar emas (di public gold – rujuk harga semas di side bar). Dan anda menambahnya sedikit demi sedikit mengikut kemampuan.

Bermakna pelaburan emas adalah sesuai untuk semua golongan bukannya hanya milik esklusif orang berada sahaja.


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Friday, January 20, 2012

Bentuk emas pelaburan

Salam ukhwah…moga sejahtera

Emas, bukan sesuatu yang baru kepada kita. Kita kenal emas sejak kita kecil. Maksudnya emas bukan sesuatu yang asing kepada masyarakat Malaysia.
Namun, bila sebut emas ramai di antara kita tidak terfikir ia adalah di antara satu komoditi yang amat lumayan sebagai medium pelaburan.
Umum lebih mengenali emas sebagai barangan perhiasan, yang menjadi kegemaran di kalangan wanita.

Nilai intrisiknya tersembunyi!!

Dan kebelakangan ini kehebatan pelaburan emas sudah mula terbongkar…seperti mana yang telah banyak saya kongsikan dalam entri sebelum ini…
Tetapi tidak dinafikan masih ramai yang ragu-ragu dan sangsi untuk menceburi pelaburan ini. Ada juga yang tertanya-tanya nak beli emas yang macam mana untuk tujuan pelaburan??
EMAS adalah suatu pelaburan yang amat mudah untuk diceburi.


FORMULA ASAS : Beli dan Simpan


Tetapi nak beli emas yang macam mana?
Bentuk emas pelaburan terdiri dari jongkong emas, syiling emas dan juga barang kemas,

Cth: Jongkong dan Syiling Emas Public Gold


Cth; Barang Kemas


Barang kemas boleh didapati di kedai-kedai emas. Tetapi emas dalam bentuk barang kemas/perhiasan lebih mahal kerana ia melibatkan kos upah yang agak tinggi dan nilai jualbalik yang rendah kerana susutnilai yang tinggi.

Untuk membuat pelaburan emas, lebih baik kita pilih dalam bentuk jongkong atau syiling emas kerana ia lebih menepati tujuan pelaburan.



SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Wednesday, January 18, 2012

Harga emas bakal cecah RM15,735

Salam ukhwah…moga sejahtera

KUALA LUMPUR – Harga emas dijangka mencecah sehingga AS$5,000 (RM15,735) setiap auns menjelang 2020, kata Ketua Penyelidikan Komoditi Global Standard Chartered Bank, His Han Pin.

Menurut beliau, ini berdasarkan kenaikan harga komoditi itu yang telah meningkat kukuh sebanyak 23 peratus pada 1 Disenber tahun lalu dengan harga sekitar AS$1,700 (RM5,350) setiap auns.

Malah katanya, harga emas juga telah meningkat empat kali ganda sejak empat tahun lalu dan kini mencecah kira-kira AS$1,600 (RM5,035) setiap auns.


pic - google
“Faktor pemacu kepada peningkatan harga itu termasuklah peningkatan pendapatan dan permintaan kukuh daripada Negara-negara Asia, kadar faedah yang rendah dikebanyakan negaradan pembelian emas secara berterusan oleh bank-bank pusat yang mempunyai keyakinan bahawa komoditi itulebih baik berbanding matawang dunia lain.

“Selain itu, terdapat keyakinan pasaran bahawa emas merupakan pelaburan alternative yang baik,” katanya pada taklimat mengenai Penyelidikan Global Standard Chartered Bank di sini semalam.

Han Pin mengunjurkan permintaan terhadap emas dijangka kekal meningkat meskipun terdapatnya permintaan daripada Asia yang kini bercampur-campur sejak beberapa bulan yang lalu.

China mengimport kuantiti emas yang besar dari Hong Kong untuk memenuhi permintaan pelaburan dan pasaran barang kemas”’ ujar beliau.

Tambahnya kegusaran mengenai krisis Eropah dan ketidaktentuan ekonomi global turut menggalakkan pelabur dan bank-bank pusat untuk menyimpan stok emas dalam kuantiti yang besar.

“Walaupun gelembung biasanya berlaku pada peningkatan pesat harga suatu komoditi, namun saya tidak merasakan perkara itu berlaku pada emas,” jelasnya.

KOSMO – 17 Januari 2012


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Monday, January 16, 2012

Ramalan pergerakan pusingan harga emas 2012

Salam ukhwah…moga sejahtera.

Emas mengalami turun naik harga mengikut dagangan antarabangsa dan akan membentuk corak pusingan harga tersendiri. Dan ia telah dijadikan asas kepada analisis dan ramalan harga emas oleh pakar ekonomi dan bankers.

Bagi tahun ini sasaran atau jangkaan awal harga harga emas oleh Wall Street adalah $US2,200/oz - $US2,464/oz..

Walau bagaimanapun ramalan sasaran bagi tempoh satu tahun  (2012) telah dijangka seperti berikut:

mspchart.1612
pusingan harga emas 2010- 2012

Seperti pergerakan jam, harga emas ada naik dan turunnya.

Harapan agar info ini dapat memberi manfaat kepada semua.


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES