Sunday, August 7, 2011

ASB lebih untung daripada melabur EMAS?


Orang lebih celik untuk melabur dengan ASB. Kita telah lama terdedah dengan maklumat pelaburan ini. Di media massa, di akhbar, seminar dan bank juga berlumba-lumba memikat orang ramai supaya meminjan untuk dilaburkan dalam ASB. Dikhabarkan juga yang untungnya lumayan!!!

EMAS?

Jarang terlintas di minda kita, emas merupakan kaedah pelaburan ‘bersih’ dan lebih telus yang menguntungkan. Kelebihan emas sebagai suatu komoditi yang paling ampuh melawan kemerosotan ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang, tidak begitu rancak dicanang di mana-mana!!!

Persolaan:

Saya telah diajukan soalan oleh para pelabur tegar ASB; Apakah benar pelaburan EMAS lebih menguntungkan daripada ASB? Mengikut mereka dividen ASB dapat dikeluarkan setiap hujung tahun untuk menampung perbelanjaan seperti bayar road tax, perbelanjaan sekolah anak-anak dsb.

Jawapan:

Tidak dapat disangkal semua orang dapat manfaat dari dividen ASB setiap tahun. Tetapi berapa peratus dividen ASB? Dalam tempoh 10 tahun lalu, dividen ASB sekitar 7 – 8% sahaja!

Berbanding dengan kenaikkan HARGA EMAS dalam 10 tahun lepas secara puratanya 20 - 35%!!!

Prestasi kenaikan harga emas dalam tempoh 10 tahun - sumber kitcom.com

Mungkin timbul persolaannya bagaimana untuk menfaatkan keuntung daripada pelaburan emas tersebut?

Ingat EMAS ITU WANG…

Cuba lihat contoh perkiraan di bawah:

Sekiranya kita membeli 6 keping  jongkong emas 20 gram berharga RM 3,527.00 setiap satu iaitu mengikut harga semasa (Public Gold – {hari ini 7/8/11}):

Pelaburan kita berjumlah: RM 3,527.00 x 6 keping = RM 21,162

Pada hujung tahun, berdasarkan prestasi kenaikan emas dalam tempoh 10 tahun sebelum ini (iaitu 20-35% setahun);
Perkiraan di bawah dibuat dengan andaian kenaikan emas 25%, iaitu spt berikut:

- Jongkong emas 20g - RM 3,527 X 25% = 881.75
- RM 3527 + 881.75 = RM4,408.75
- RM4,408.75 X 6 kpg = RM 26,452.50

Nilai emas telah meningkat = RM 26, 452.50
Untung : RM 26,452 - RM 21,162 = RM 5,290.5

Sekiranya kita ingin mengguna nilai keuntungan itu, kita boleh jual 1 keping 20g yang bernilai :RM 4,408.75

Dengan berbuat demikian emas kita telah berkurang 20g dari segi berat, tetapi nilainya masih tetap sama dengan nilai wang pelaburan kita yang asal (malah masih berbaki RM 22,043.25; {iaitu RM 26,452.00 – 4,408.75}).

Mungkin ada persolaan timbul, kalau asyik jual emas pada hujung tahun nanti stok emas akan kehabisan?

Justeru,

Harus diingat, sama jugak dengan pelaburan di ASB kita sentiasa tambah julmah pelaburan kita secara bulanan untuk memaksimumkan UNTUNG!!!

Nah,

Begitu juga dengan PELABURAN EMAS, kita juga perlu membeli emas secara berkala untuk menambahkan jumlah pelaburan EMAS..



SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

No comments:

Post a Comment