Friday, August 19, 2011

Harga EMAS telah melepasi 1,800 usd/oz!!!!

Salam Ramadhan.
Alhamdulillah kita masih diberi kekuatan untuk menunaikan ibadah puasa.

Hari ini 19 Ramadhan 1432, bermakna kita telah berada di AKHIR pada fasa kedua RAMADHAN. Fasa MAGHFIRAH.

Alhamdulillah, pada hari 19/8/11 pelabur-pelabur emas boleh menghela nafas lega dengan kenaikan emas yang semakin meningkat tinggi. Dalam tempoh seminggu harga emas telah meningkat melebihi 100usd/oz.

Pada 8/8/11 emas mencecah 1700 usd/oz, dan pada hari ini (19/8/11 – Jumaat) harga emas telah melepasi 1800 usd/oz!!!.



Harga Public Gold - last updated 19/8/2011 (6.33pm)

Kenaikan ini telah mendahului ramalan yang telah dibuat oleh Jason Hamlin pada April lalu, iaitu “orang emas” (Goldman Sachs). Beliau telah meramalkan harga emas akan mencecah paras 1800 usd/oz pada akhir Disember 2011.

Dan para pengalisis emas, seterusnya mengjangkakan harga emas akan terus meningkat hingga 2000 usd/oz menjelang akhir tahun 2011.

Emas itu MAGNET Kekayaan.

Selamat berpuasa dan moga kita semua dilapangkan rezeki yang berkat dari Allah Yang Maha Kuasa.

SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

No comments:

Post a Comment