Salam Ramadhan Al- Mubarak.
Jumaat lepas, apabila S&P menurunkan kadar hutang Amerika Syarikat (AS), dari AAA kepada AA+ di mana nilai dolar menjadi semakin rendah, menyebabkan Dow Jones, Teronto Stock Exchange, pasaran saham Asia serta kebanyakan pasaran saham dunia merundum teruk.
Tetapi nilai/harga emas bertindak disebaliknya iaitu bertentangan dengan arah kejatuhan nilai saham. Harga emas meningkat tinggi hingga melepasi 1700usd/oz pada Isnin lalu! Mengekalkan prestasi bullish, kerana para pelabur telah beralih arah dengan membeli/melabur emas sebagai perisai kejatuhan nilai wang kertas.
Pergerakan harga emas terkini - 2011
Dr Micheal Berry pengarang Discovery Investing, telah menempelak pandangan George Soros (Pakar Kewangan), yang berpendapat perkembangan kenaikan harga emas itu hanya pergerakan parabolik. Berry menegaskan bahawa emas adalah logam yang amat berharga dan mempunyai nilai intriksik yang tidak mudah dimanipulasikan oleh kebanyakan spekulator!.
Menurut Berry lagi, harga/nilai Emas akan terus meningkat melebihi 2000usd/oz pada tahun hadapan.
Selamat berpuasa.
SELAMAT MELABUR
SALAM SUKSES
No comments:
Post a Comment