Salam Ramadhan.
Setiap apa yang terjadi mempunyai sejarah kitarannya yang tersendiri, begitu juga dengan harga emas. Ada sejarah punsingan atau kitaran harganya..
Mengikut penganalisis Felix Zulauf, harga emas mula bergerak dan melonjak tinggi di tahun 1970, dan ia telah berjaya menarik perhatian semua pihak termasuklah orang yang membenci EMAS!. Dan pada 1999 harga emas melonjak lagi. Ia tidak berhenti di situ, pada 2002 emas telah mencatat rekod $usd300/auns! Kenaikan yang amat luar biasa.
Bukan itu saja, jika pada 1971 – 1980, bank-bank pusat menjual emas tetapi kebelakangan ini, perkara sebaliknya berlaku… Bank-bank pusat mula membeli emas! Kerana mereka tidak dapat menyekat kenaikan harga emas yang terus tinggi.
Menurut Regal Asset Team of Analyst “Logam bernilai ini hanya baru mula meningkat dan harganya masih di tutup rendah. Dan Dow Gold Ratio telah mengesahkan ia masih rendah dan lonjakan harga emas akan terus berlaku, walaupun ia telah meningkat tinggi dalam 10 tahun berturut-turut sebelum ini”.
pic:google
Berpandu kepada analisis ini, Zulauf menasihati orang ramai supaya memiliki/membeli emas kerana ia suatu tindakan pelaburan paling bijak dalam kemurungan ekonomi dewasa ini. Ia sebagai penambah nilai kepada simpanan/tabungan kita!
Rujukan: http://goldcoinblogger.com/gold-cycle-has-just-begun/
SELAMAT MELABUR
SALAM SUKSES
No comments:
Post a Comment