Tuesday, August 9, 2011

Orang ramai mula berpusu-pusu melabur EMAS!



“Orang ramai berpusu-pusu menjual saham mereka selain mata wang dolar serta euro dan melaburkan wang mereka untuk emas dan mata wang yen Jepun.” kata seorang ahli ekonomi Jepun.

Perkembangan itu adalah ekoran emas kini menjadi tumpuan pelabur selepas saham harga di Asia menjunam susulan penurunan nilai hutang Amerika Syarikat (AS) oleh firma kewangan Standard & Poor (S & P), Jumaat lalu

Harga emas mencecah AS$1,704.30 (RM5,139) se auns ketika diniagakan di pasaran Hong Kong semalam (8/8/11).

Ketidaktentuan pasaran saham masa kini menyebabkan emas yang dianggap pelaburan kurang berisiko, mendapat permintaan tinggi di kalangan para pelabur sekali gus menyebabkan logam itu melonjak tinggi.

Petikan: Harga emas catat rekod tertinggi;KOSMO – 9 Ogos 2011



SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

No comments:

Post a Comment