Thursday, September 29, 2011

Kini urusniaga emas boleh melalui ATM…


Mesin emas dilancar di China

BEIJING – Mesin pengeluaran emas automatik buat kali pertamanya dilancarkan di sebuah pusat membeli-belah yang sibuk di Beijing, lapor akhbar People’s Daily kelmarin.


Orang ramai boleh memasukkan wang atau menggunakan kad bank untuk mengeluarkan batang atau syiling dalam pelbagai berat berdasarkan pasaran semasa.

Setiap pengeluaran emas boleh dibuat sehingga berat 2.5 kilogram (kg) atau satu juta yuan (RM489,514.00).

Mesin itu dilancarkan pada Sabtu lalu oleh Bank Komersial Pertanian Beijing dan sebuah syarikat perdagangan emas.

Kedua-dua pihak itu merancang untuk memasang beberapa mesin itu di lokasi-lokasi yang selamat seperti kedai emas dan kelab-kelab persendirian.

China merupakan pengguna emas kedua terbesar di dunia selepas India.


Petikan: KOSMO – 27 September 2011

Tuesday, September 27, 2011

Emas sedang dilanda gelombang TSUNAMI?


Kaget atau cemas?

Melihat harga emas susut mendadak seolah-olah dilanda tsunami… Akhir Ogos lalu harga emas pernah mencecah $1,900 usd/oz tetapi menyusut sehingga $1500usd/oz pada akhir September…
pic - google
Adakah ia akan berterusan?

Mengikut penganalisis keadaan ini berlaku kerana aktiviti mengambil untung di kalangan para taikun emas, menjual stok emas di paras harga tertinggi.

Ia sebagai langkah mengatasi kejatuhan saham akibat kemerosotan nilai dolar juga sebagai penyelamat “margin calls”. Mereka mengambil kesempatan menjual aset yang ada untuk menyelamat keadaan.

Sekarang emas sedang menghadapi pembetulan atau koreksi harga pasaran.

Walau bagaimana pun emas akan kembali BULLISH…

Di mana:

Perak dijangka akan mencapai paras harga $52usd/oz hingga $56usd/oz dan harga sebenar perak boleh mencapai $58usd/oz hingga $62usd/oz di akhir tahun ini atau di awal 2012.

Manakala:

Emas dijangka akan meningkat ke paras $2250usd/oz dan bergerak ke $2500usd/oz dan berpotensi melonjak ke paras $3,000usd/oz di akhir tahun ini atau di awal 2012.

Rujukan: http://news.goldseek.com/GoldSeek/1317000203.php



SALAM SUKSES


Thursday, September 22, 2011

Harga Emas diramal hingga $3,000 usd/oz menjelang Mac 2013

Menurut John Brownlie, Ketua Eksekutif Oro Mining Ltd., harga emas akan mencecah $3,000 usd/oz  menjelang Mac 2013!.,


pic - google
Peningkatan harga ini adalah kesan daripada kejatuhan nilai dolar dan peningkatan pembelian emas oleh bank-bank pusat…

John Brownlie berasal dari Mexico dan berpengalaman 30 tahun dalam bidang perlombongan emas. Beliau telah mengusaha dan memajukan beberapa lombong emas di Mexico, Afrika Selatan dan Uzbekistan

Lombong terbaru, Oro Mining Ltd, berpengkalan di Vancouver, dan akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2013.


SALAM SUKSES

Monday, September 19, 2011

Donald Trump terima jongkong emas untuk bayaran urusniaga hartanahnya!

Setuju atau tidak EMAS adalah pemegang nilai kekayaan dan telah menjadi medium urusniaga!!! Kerajaan, firma, pelabur dan individu telah mula mengumpul emas sebagai aset pelindung kepada kemorosotan ekonomi global dan kejatuhan nilai dolar Amerika..

Terbaru…

Donald Trump telah menerima jongkong emas sebagai bayaran dalam urusniaga hartanahnya..

Khamis (15 Sept. 2011) lepas, penyewa terbaru bangunan pencakar langit 70 tingkat, Donald Trump’s 40 Wall Street,  di Manhattan, telah menyerahkan deposit bayaran sewaan untuk 10 tahun pajakan bernilai 176,000 usd dengan 32oz  jongkong emas 99.9!!


The Trump Building - pic google

Komen Donald Trump semasa temuramah penyerahan tersebut:

“Ini adalah hari paling sedih apabila pemilik terbesar hartanah (seperti beliau) menerima emas sebagai bayaran urusniaganya.. Denagn keadaan ekonomi semakin buruk, dan Obama tidak mempertahankan langsung nilai dolar….sekiranya saya mengambil langkah ini, orang lain juga akan berbuat demikian…dan ia akan mewujudkan satu perubahan yang besar…”


Donald Trump menerima gold bar 32 oz dari Ketua Eksekutif APMEX Micheal R. Haynes sebagai deposit sewa bangunannya..

Donald Trump juga mengakui mempunyai simpanan emas sebagai milik peribadi tetapi tidak mendedahkan jumlahnya.

Wednesday, September 14, 2011

EMAS vs WANG Kertas!

Emas adalah penyimpan nilai sebenar!

Di antara ciri istimewa emas adalah tidak mudah terbakar melayakkan logam paling berharga ini sebagai penyimpan nilai kekayaan yang sebenar..

Emas tidak hangus terbakar sebagaimana wang kertas.

Wang kertas apabila terbakar ia sudah tidak bernilai lagi, kerana ia hanya bergantung mempunyai nilai muka semata-mata. Dan mempunyai kurang ciri keselamatan untuk mempertahankan kekukuhan nilainya!!!

Dalam banyak laporan kes kebakaran yang melibatkan kerugian besar dan sebahagian besanya melibatkan wang tunai:

Duit zakat, pampasan RM3,350 jadi abu
Oleh MUSTAPA LAKAWA

 pic-google



KUALA TERENGGANU – Kegembiraan seorang warga emas mendapat wang pampasan kemalangan serta zakat tidak berpanjangan apabila rumahnya hangus dijilat api dalam kejadian di Kampung Serdang Baru, Bukit Tunggal dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu, wang pampasan kemalangan berjumlah RM3,000 dan wang zakat RM350 milik mangsa, Nik Fatimah Embong, 60, hangus menjadi abu.

Dia yang juga ibu tunggal berkata, wang itu diterimanya kira-kira dua minggu lalu ekoran kemalangan motosikal yang dialaminya tahun lalu.

“Baru-baru ini, saya juga dapat wang zakat sempena Ramadan sebanyak RM350. Semua duit itu saya simpan di dalam almari dan bercadang untuk menggunakannya sempena Hari Raya Aidilfitri nanti,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Sumber: Sedutan berita kosmo 5/8/2011: Imej/foto - google

Sunday, September 11, 2011

Emas melonjak, WANG kertas bakal berkubur?



Mengikut, Peter Hambro Pengerusi Petropavlovsk syarikat penyenaraian emas terbesar Britain sebagai berikut;

“Salah sebuah bank terkemuka di AS telah menghantar maklumat kepada saya hari ini, iaitu sekiranya QE3 benar-benar belaku, kita akan melihat harga emas akan mencecah 5000usd/oz manakala 1000usd/oz bagi harga perak. Ketika itu agak malang kerana kita sudah tidak mampu lagi untuk memiliki/membeli barangan dengan wang kertas.”

Diberitakan krisis kewangan Eropah tahun ini jauh lebih buruk daripada krisis kewangan yang dihadapi US pada 2008..


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Monday, September 5, 2011

Emas dijangka meningkat 16% lagi, di suku tahun terakhir (Sept. – Dis 2011) ini!


Peningkatan ini berikutan daripada pembelian emas yang berlipatganda dari Negara pembeli emas terbesar dunia menjelang September ini..


pic - google

Menjadi tradisi bagi penduduk negara INDIA, akan membeli emas untuk upacara penyembahan kepada dewa-dewa mereka dalam beberapa festival keagamaan yang akan bermula September pada setiap tahun. Sepanjang Sept. – Dis merupakan musim festival keagamaan bagi penganut agama Hindu di India, termasuklah upacara perkahwinan.

Semenjak tahun 2002, pembelian emas di kalangan penduduk India akan meningkat berkali ganda, sebaik sahaja menjelang bulan September setiap tahun!

Mengikut Rajesh Exports, pada tahun ini dijangka pembelian emas akan meningkat kepada 250 tan metrik sehingga akhir November ini.. Peningkatan sebanyak 25% berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

Kenaikan harga emas semasa langsung tidak menghalang rakyat India untuk terus membeli dan memilki emas!

FAKTA:

Permintaan emas yang tinggi dari kalangan penduduk Negara India merupakan salah satu daripada 7 faktor penyebab harga emas dunia akan terus melonjak tinggi.

Rujukan- http://www.mineweb.com


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Friday, September 2, 2011

Mudah-nya untung dengan memiliki EMAS..


Salam Aidil Fitri..

Sedikit info tentang perkembangan harga emas, sebagai ole-ole aidil fitri untuk semua;


harga emas 2011 - pic google

Dua minggu lepas,

Kebanyakan pelabur se-akan terpesona dengan kenaikan harga emas, yang sudah mula mencecah 1,900 usd/oz 18 Ogos 2011 (Isnin, 2 minggu lepas)…dan pakar menjangkakan harga emas akan mampu meningkat sehingga 2,000 usd/oz pada akhir 2011.

Bukankah mudah menggandakan wang dengan membeli/memiliki emas?

Bayangkan!

Jika sekiranya kita membeli emas 10 tahun lepas dengan harga sekitar 300 usd/oz dan kini kenaikannya sudah meningkat sebanyak 6 kali ganda.

Jadi bulatkan tekad dan ambil keputusan membeli emas, dan jangan ragu-ragu dengan pendapat sesetengah pihak yang mengatakan pergerakan harga ini hanya ‘bubble’!. Misalnya Warren Buffett berpendapat membeli emas adalah suatu tindakan yang tidak bijak. Beliau lebih menyakini pelaburan dalam bidang hartanah/saham.

Tetapi;

Dalam tempoh 10 tahun (2000 – 2010), pelaburan Buffet telah meraih keuntungan besar iaitu 76%!!!....Walau bagaimana pun, pulangan pelaburan emas dalam tempoh sama jauh lebih besar iaitu lebih dari 500%.

Faktanya:

Harga emas akan terus meningkat dan melonjak lebih tinggi dari nilai DOLAR. Dan menunggu untuk melepasi lonjakan besar dalam fasa ke tiga nanti!
Rujukan: http://goldnews.bullionvault.com/gold_price_082420111

SELAMAT MELABUR


SALAM SUKSES

Maaf Zahir Batin