Tuesday, August 30, 2011

Salam Idulfitri - 1 syawal 1432

Salam Aidil Fitri
Minnal'ani wal faizzin.

Selamat menaymbut hari kemenangan kepada semua kaum muslimin. Hari umat Islam kembali kepada fitrah.
Bermakna berakhir sudah tawaran tiga FASA keemasan di sepanjang Ramadhan. Bulan yang penuh barakah dan keredhaanNYA.
Dan hari ini kita dikehendaki meraikan kemenangan ini dengan BERTAKBIR, BERTASBIH DAN BERTAHMID kepada Yang Maha Esa. Allah Rabbul 'Alamin.

Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, kita masih ditawar berpuasa 6 hari di bulan Syawal dan diberi ganjaran pahala sama seperti kita berpuasa sepanjang tahun. MasyaAllah.

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, WALILLAHILHAMD!

Saturday, August 27, 2011

Lonjakan harga emas baru bermula…

Salam Ramadhan.

Setiap apa yang terjadi mempunyai sejarah kitarannya yang tersendiri, begitu juga dengan harga emas. Ada sejarah punsingan atau kitaran harganya..

Mengikut penganalisis Felix Zulauf, harga emas mula bergerak dan melonjak tinggi di tahun 1970, dan ia telah berjaya menarik perhatian semua pihak termasuklah orang yang membenci EMAS!. Dan pada 1999 harga emas melonjak lagi. Ia tidak berhenti di situ, pada 2002 emas telah mencatat rekod $usd300/auns! Kenaikan yang amat luar biasa.

Bukan itu saja, jika pada 1971 – 1980, bank-bank pusat menjual emas tetapi kebelakangan ini, perkara sebaliknya berlaku… Bank-bank pusat mula membeli emas! Kerana mereka tidak dapat menyekat kenaikan harga emas yang terus tinggi.

Menurut Regal Asset Team of Analyst “Logam bernilai ini hanya baru mula meningkat dan harganya masih di tutup rendah. Dan Dow Gold Ratio telah mengesahkan ia masih rendah dan lonjakan harga emas akan terus berlaku, walaupun ia telah meningkat tinggi dalam 10 tahun berturut-turut sebelum ini”.

pic:google

Berpandu kepada analisis ini, Zulauf menasihati orang ramai supaya memiliki/membeli emas kerana ia suatu tindakan pelaburan paling bijak dalam kemurungan ekonomi dewasa ini. Ia sebagai penambah nilai kepada simpanan/tabungan kita!

Rujukan: http://goldcoinblogger.com/gold-cycle-has-just-begun/



SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Wednesday, August 24, 2011

Harga emas catat rekod lagi – Berita Dunia, KOSMO 24 OGOS 2011

Salam Ramadhan..

Hari ini Berita Dunia - KOSMO melaporkan:

SINGAPURA – Harga emas mencatat rekod semalam apabila ia meningkat buat kali pertama melebihi AS$1,900 (RM5,35.40) satu auns yang beresamaan 31 gram dalam dagangan Asia.

Harga emas emas melonjak naik kerana para pelabur mencari pelaburan selamat ekoran krisis kewangan dunia.

Harga emas itu meningkat kepada AS$1,913.50 (RM5,675.44) satu auns di Singapura, meningkat 0.8 peratus berbanding kelmarin.

Sejak permulaan Ogos lalu, harga emas meningkat sebanyak 17 peratus. Peratus kenaikan itu adalah yang tertinggi sejak 1982.

Harga emas itu telah mencipta rekod hampir setiap hari sejak beberapa minggu lalu. Setakat tahun ini, harga emas telah meningkat sebanyak 35 peratus.

Pakar-pakar menyatakan, harga emas mampu melebihi AS$2,000.00 (RM5,932.00) menjelang akhir tahun ini.

Petikan: Berita Dunia-KOSMO 24 Ogos 2011



SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Tuesday, August 23, 2011

EMAS mula mencecah 1,900 usd/oz...

Salam Ramadhan Al –Mubarak.

Syukur kita masih sempat berada di fasa terakhir Ramadhan 1432.

Amat pantas masa berlalu..

Jika pada 2 Ogos 2011, harga emas mula bergerak mencecah paras 1,600 usd/oz. Dan pantas melonjak ke paras 1,700 usd/oz pada 8/8/11 dalam tempoh tidak sampai seminggu. Seterusnya bergerak ke paras melebihi 1,800 usd/oz pada 19/8/11, dalam masa tidak sampai 2 minggu.
Harga Emas dan nilai dolar bergerak songsang!

Ketika nilai dolar menjunam, EMAS semakin bullish. Ia berlaku ekoran dari krisis hutang Amerika., yang telah mengakibatkan kejatuhan nilai dolar. Krisis ini telah mencetus masalah kemelesetan ekonomi dunia, lebih-lebih lagi bagi Negara-negara yang mempunyai hubungan dagangan dengannya dan  Negara kita tidak terkecuali!!!

Hari ini 23/8/11, pukul 1.30tgh hari tadi harga emas  mula mencecah ke paras 1,900 usd/oz..

Last updated 23/8/11 - 1.30 pm

Harga emas Public Gold - last updated 23/8/11 : 1.30 pm

Sasaran penganalisis, harga emas akan mencecah 2,000 usd/oz pada akhir 2011, berkemungkinan besar akan menjadi kenyataan!


Selamat berpuasa.

SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES.

Friday, August 19, 2011

Harga EMAS telah melepasi 1,800 usd/oz!!!!

Salam Ramadhan.
Alhamdulillah kita masih diberi kekuatan untuk menunaikan ibadah puasa.

Hari ini 19 Ramadhan 1432, bermakna kita telah berada di AKHIR pada fasa kedua RAMADHAN. Fasa MAGHFIRAH.

Alhamdulillah, pada hari 19/8/11 pelabur-pelabur emas boleh menghela nafas lega dengan kenaikan emas yang semakin meningkat tinggi. Dalam tempoh seminggu harga emas telah meningkat melebihi 100usd/oz.

Pada 8/8/11 emas mencecah 1700 usd/oz, dan pada hari ini (19/8/11 – Jumaat) harga emas telah melepasi 1800 usd/oz!!!.



Harga Public Gold - last updated 19/8/2011 (6.33pm)

Kenaikan ini telah mendahului ramalan yang telah dibuat oleh Jason Hamlin pada April lalu, iaitu “orang emas” (Goldman Sachs). Beliau telah meramalkan harga emas akan mencecah paras 1800 usd/oz pada akhir Disember 2011.

Dan para pengalisis emas, seterusnya mengjangkakan harga emas akan terus meningkat hingga 2000 usd/oz menjelang akhir tahun 2011.

Emas itu MAGNET Kekayaan.

Selamat berpuasa dan moga kita semua dilapangkan rezeki yang berkat dari Allah Yang Maha Kuasa.

SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Monday, August 15, 2011

EMAS adalah MagNet Kekayaan!

Salam Ramadhan Al- Mubarak.

Jumaat lepas, apabila S&P menurunkan kadar hutang Amerika Syarikat (AS), dari AAA kepada AA+ di mana nilai dolar menjadi semakin rendah, menyebabkan Dow Jones, Teronto Stock Exchange, pasaran saham Asia serta kebanyakan pasaran saham dunia merundum teruk.

Tetapi nilai/harga emas bertindak disebaliknya iaitu bertentangan dengan arah kejatuhan nilai saham. Harga emas meningkat tinggi hingga melepasi 1700usd/oz pada Isnin lalu! Mengekalkan prestasi bullish, kerana para pelabur telah beralih arah dengan membeli/melabur emas sebagai perisai kejatuhan nilai wang kertas.

Pergerakan harga emas terkini - 2011


Dr Micheal Berry pengarang Discovery Investing, telah menempelak pandangan George Soros (Pakar Kewangan), yang berpendapat perkembangan kenaikan harga emas itu hanya pergerakan parabolik. Berry menegaskan bahawa emas adalah logam yang amat berharga dan mempunyai nilai intriksik yang tidak mudah dimanipulasikan oleh kebanyakan spekulator!.

Berry berpendapat dengan kemelut krisis matawang dunia yang sedang dihadapi sekarang, tidak mungkin ia dapat ditangani dalam tempoh 10 tahun akan datang. Ini bermakna kadar inflasi akan melambung tinggi dan nilai mata wang kertas semakin mengecil.

Menurut Berry lagi, harga/nilai Emas akan terus meningkat melebihi 2000usd/oz pada tahun hadapan.

Selamat berpuasa.

SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Tuesday, August 9, 2011

Orang ramai mula berpusu-pusu melabur EMAS!



“Orang ramai berpusu-pusu menjual saham mereka selain mata wang dolar serta euro dan melaburkan wang mereka untuk emas dan mata wang yen Jepun.” kata seorang ahli ekonomi Jepun.

Perkembangan itu adalah ekoran emas kini menjadi tumpuan pelabur selepas saham harga di Asia menjunam susulan penurunan nilai hutang Amerika Syarikat (AS) oleh firma kewangan Standard & Poor (S & P), Jumaat lalu

Harga emas mencecah AS$1,704.30 (RM5,139) se auns ketika diniagakan di pasaran Hong Kong semalam (8/8/11).

Ketidaktentuan pasaran saham masa kini menyebabkan emas yang dianggap pelaburan kurang berisiko, mendapat permintaan tinggi di kalangan para pelabur sekali gus menyebabkan logam itu melonjak tinggi.

Petikan: Harga emas catat rekod tertinggi;KOSMO – 9 Ogos 2011



SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Monday, August 8, 2011

Emas telah cecah 1700 usd/oz

Salam Ramadhan buat semua muslimin. Moga sentiasa berada di bawah naungan kasih dan redha Yang Maha Kuasa.

Syukur, kita masih terpilih untuk menunaikan ibadah puasa pada hari ini.

Dan hari ini juga 8/8/11 harga emas global telah mencecah lebih dari 1700 usd/oz.




Berkemungkinan besar harga emas menepati jangkaan 2000 usd/oz akhir tahun 2011, berikutan dengan kemerosotan nilai dolar Amerika dan krisis hutang di kebanyakan Negara Eropah.

Selamat berpuasa.


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Sunday, August 7, 2011

ASB lebih untung daripada melabur EMAS?


Orang lebih celik untuk melabur dengan ASB. Kita telah lama terdedah dengan maklumat pelaburan ini. Di media massa, di akhbar, seminar dan bank juga berlumba-lumba memikat orang ramai supaya meminjan untuk dilaburkan dalam ASB. Dikhabarkan juga yang untungnya lumayan!!!

EMAS?

Jarang terlintas di minda kita, emas merupakan kaedah pelaburan ‘bersih’ dan lebih telus yang menguntungkan. Kelebihan emas sebagai suatu komoditi yang paling ampuh melawan kemerosotan ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang, tidak begitu rancak dicanang di mana-mana!!!

Persolaan:

Saya telah diajukan soalan oleh para pelabur tegar ASB; Apakah benar pelaburan EMAS lebih menguntungkan daripada ASB? Mengikut mereka dividen ASB dapat dikeluarkan setiap hujung tahun untuk menampung perbelanjaan seperti bayar road tax, perbelanjaan sekolah anak-anak dsb.

Jawapan:

Tidak dapat disangkal semua orang dapat manfaat dari dividen ASB setiap tahun. Tetapi berapa peratus dividen ASB? Dalam tempoh 10 tahun lalu, dividen ASB sekitar 7 – 8% sahaja!

Berbanding dengan kenaikkan HARGA EMAS dalam 10 tahun lepas secara puratanya 20 - 35%!!!

Prestasi kenaikan harga emas dalam tempoh 10 tahun - sumber kitcom.com

Mungkin timbul persolaannya bagaimana untuk menfaatkan keuntung daripada pelaburan emas tersebut?

Ingat EMAS ITU WANG…

Cuba lihat contoh perkiraan di bawah:

Sekiranya kita membeli 6 keping  jongkong emas 20 gram berharga RM 3,527.00 setiap satu iaitu mengikut harga semasa (Public Gold – {hari ini 7/8/11}):

Pelaburan kita berjumlah: RM 3,527.00 x 6 keping = RM 21,162

Pada hujung tahun, berdasarkan prestasi kenaikan emas dalam tempoh 10 tahun sebelum ini (iaitu 20-35% setahun);
Perkiraan di bawah dibuat dengan andaian kenaikan emas 25%, iaitu spt berikut:

- Jongkong emas 20g - RM 3,527 X 25% = 881.75
- RM 3527 + 881.75 = RM4,408.75
- RM4,408.75 X 6 kpg = RM 26,452.50

Nilai emas telah meningkat = RM 26, 452.50
Untung : RM 26,452 - RM 21,162 = RM 5,290.5

Sekiranya kita ingin mengguna nilai keuntungan itu, kita boleh jual 1 keping 20g yang bernilai :RM 4,408.75

Dengan berbuat demikian emas kita telah berkurang 20g dari segi berat, tetapi nilainya masih tetap sama dengan nilai wang pelaburan kita yang asal (malah masih berbaki RM 22,043.25; {iaitu RM 26,452.00 – 4,408.75}).

Mungkin ada persolaan timbul, kalau asyik jual emas pada hujung tahun nanti stok emas akan kehabisan?

Justeru,

Harus diingat, sama jugak dengan pelaburan di ASB kita sentiasa tambah julmah pelaburan kita secara bulanan untuk memaksimumkan UNTUNG!!!

Nah,

Begitu juga dengan PELABURAN EMAS, kita juga perlu membeli emas secara berkala untuk menambahkan jumlah pelaburan EMAS..



SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Tuesday, August 2, 2011

Harga emas telah melepasi 1600 USD/oz..

Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Moga kita semua DAPAT menunaikan ibadah puasa dengan sejahtera di bawah naungan RAHMAT  DARI  YANG MAHA KUASA.

Dan kepada para pelabur-pelabur emas mungkin sedang tersenyum melihat kenaikan EMAS..sejak kebelakangan ini …

Harga emas telah melepasi paras 1600USD/oz.

Public Gold Price (24 hours live base on international Daily Chart)


Updated on 2/8/2011; 11.35am

Tahukah anda?

Harga emas akan menuju ke USD2000/oz....!!!!

Kepada yang masih belum melabur, anda masih belum terlambat untuk mengecapi keuntungang lumayan yang sedang menunggu…

Insya Allah  anda berpeluang  menjadi jutawan emas, jika mengambil langkah dengan membuat pelaburan emas Public Gold....

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES